Thursday, 20 December 2012

Amar Farish ~ Nuraqilah Syuhaida

Amar Farish
Pengarang: Nuraqilah Syuhaida
Penerbit: Kaki Novel
Muka Surat: 717
Harga Jual: RM 24.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Disember 2012  

Sinopsis
AMAR FARISH, anak angkat Dato’ Sharif dan Datin Aliah yang ditatang bagai minyak yang penuh. Rupa parasnya yang sempurna menjadikannya kegilaan para gadis. Dan dia bangga apabila semua gadis berada di bawah telunjuknya hinggalah dia bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Zahra.

“Woi rumpai laut, apa pegang-pegang ni? Aku terajang kang!”

“Apa kau panggil aku tadi? Rumpai laut?”

“Memang itu gelaran yang paling tepat untuk kau. Mat salih celup tak sedar diri, bajet nak buat rambut mamat Korea. Macam rumpai laut je aku tengok!”

Kerana satu kesilapan, Farish dan Zahra telah disatukan. Pelbagai masalah menimpa apabila sepupunya, Eirfan Rudy turut memendam rasa terhadap Zahra. Farish yang masih mencari identiti sendiri, tidak dapat menerima kehadiran Tengku Kamal yang mengaku sebagai bapa kandungnya sekali gus mendedahkan rahsia hidupnya yang sebenar.

“Apa kaitannya dengan Ara? Kenapa abang macam nak hukum Ara dalam hal ni? Ara tak salah apa-apa, bang…. Ara tak buat apa-apa pun.” - Zahratul Jannah

“Awak nak tahu kenapa saya nak tinggalkan awak? Sebab mama dan papalah saya terpaksa kahwin dengan awak!” - Amar Farish

Disebabkan latar belakang dan harapan Tengku Kamal, Farish terpaksa mengambil satu keputusan yang akan merubah keseluruhan hidupnya. Namun, bagaimanakah kisah rumah tangga Farish dan Zahra? Adakah Farish akan meninggalkan segala-galanya dan menjadi seseorang yang baru? Amar Farish akan merungkaikan kemelut persoalan ini...

1 comment:

  1. dh hbs bace novel nie.. cter mmg best tp Amar bkn la ank org kaya yg berpangkat Dato' hanya ank angkat jer.. ibubapa kandung Amar adalah penjenayah, cian kat Amar.. tp bab Amar terlalu memandang rendah kat org miskin mmg x patut la kn.. ble dia tau sape dia yg sebenarnya baru la dia sedar diri.. & tindakan Amar berkerjasama dgn pihak polis mmg terbaik la, sbb dia xnk ayh dia terus hanyut dgn dunia jenayah.. yg paling kecian kat Zahra ble Amar tinggalkan dia tibe2 je sedangkn Amar buat cm tue sbb takut Zahra diapa-apakan oleh Kamal. cian jugak kat Rudy yg jd mangsa culik sbb nk ugut Amar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...