Thursday, 30 May 2013

Ajaib ~ Syafiq Aizat

Ajaib
Pengarang: Syafiq Aizat
Penerbit: Fixi
Muka Surat: 276
Harga Jual: RM 18.00 (termasuk pos)
Status: Available
Terbitan May 2013  

Sinopsis
“Cikgu, masalah saya, saya boleh nampak hantu. Cikgu yakin cikgu boleh tolong saya?”

Hidup ni gelap – Walaupun aku dapat melihat lebih daripada manusia lain.

Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya…

Selain kita ada ‘mereka’ – yang kebanyakan kita tak nampak.

Dalam kita ada ‘itu’ – yang kita simpan sendiri.

Nama aku Izaq. Dan ini kisah kami, budak-budak berumur 12 tahun yang terperangkap dalam masalah orang dewasa: ‘mereka’, ‘itu’, dan sedikit yang AJAIB.

Wednesday, 29 May 2013

Aku Diikat Cinta 13 Jam ~ Nhia DD

Aku Diikat Cinta 13 Jam
Pengarang: Nhia DD
Penerbit: Intens
Muka Surat: 519
Harga Jual: RM 23.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan April 2013  

Sinopsis
BADAN Dalis ditolak ke dalam pelukan lelaki yang bernama Zarif. Mereka berdua bertukar senyuman. Kaku seketika Dalis dalam pelukan Zarif. Terkedu sebenarnya. Keliru!
“Naj, apa...apa semua ni?” Dalis mula takut.


Hilang sudah gelaran ‘tengku’. Dia menahan marah. Jika sudah memberi dia pada orang lain, seperti sudah menjual harga dirinya juga.

“You dah jadi girlfriend I, so ikut aje lah apa yang I buat. Barang I, barang kawan-kawan I juga.” Bisikan Tengku Najhan memang hampir mematikan degup jantung Dalis. Baru sahaja dia mahu memberi kepercayaan kepada Tengku Najhan, tetapi lelaki itu sudah buat hal.

****
HAH! Tengku Najhan datang, aku pening. Si Amsyar ni muncul pun buat aku pening juga. Kalau kedua-duanya datang serentak, mahu aku mati terus! - Dalis

****

“HESY! Perempuan ni, memang menyusahkan akulah. Emak pun satu, apa yang dia nak sangat bagi kain ni. Bukannya perempuan tu miskin sangat pun.”- Adnan
Jika tidak kerana emaknya mengamanahkan barang, sedikit pun dia tidak akan bertembung dengan Dalis. Entah kenapa, mereka pantang bertemu. Api dengan api, jawabnya maraklah.

****

BETUL ke aku tak cemburu? Masa dengan perempuan kat shopping complex hari tu pun hati aku dah nak terbakar. Hari ni, Amy, esok... Hah! Tak boleh jadi ni. Dalis terus keluar semula dan menghampiri Amsyar dan Amy.

****

BELUM habis Dalis menghabiskan penjelasan, Amsyar merapatkan badannya ke arah Dalis. Kemudian, tangannya memeluk bahu Dalis dari arah belakang. Dalis memejam matanya rapat-rapat, terkejut dengan pergerakan spontan Amsyar.
“Amsyar...” Bergetar suara Dalis memanggil nama Amsyar.
“Panggil ‘abang’, sayang.”
“Kau buat lawak apa ni?” Dalis toleh Amsyar di sebelahnya.
“Shh... kau yang nak, kan? Aku akan tunaikan permintaan kau buat kali terakhir. Selama ni, kau dah banyak tunaikan permintaan aku.”

****
.
ADA bahagiakah untuk Dalis? ‘Kuali’ aka Hafiz yang sepi, Amsyar yang begitu, Tengku Najhan yang begini, keluarga yang menghindar dan dirinya yang sendirian mahu menggapai sinar hidup. Mencari ketenangan… mencuri cinta… meraih cita-cita… Mampukah dia? Terubatkah hatinya jikalau esok dia sudah bergelar DOKTOR DALIS!

Sunday, 12 May 2013

Status Hati: Dia Miliku ~ Ayumi Syafiqah

Status Hati: Dia Miliku
Pengarang: Ayumi Syafiqah
Penerbit: Kaki Novel
Muka Surat: ***
Harga Jual: RM 19.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Mei 2013  

Sinopsis
Illsya Kirana, gadis cantik berkerjaya yang punya ramai peminat. Namun, masih tiada walau seorang lelaki pun yang mampu menawan sekeping hati miliknya. Bagi Kirana, selagi seorang lelaki yang kacak, kaya, berkerjaya, berpelajaran tinggi, romantik dan setia tidak muncul di depan mata, selagi itulah dia tidak akan berkahwin. Sikapnya yang pemilih itu nyata amat merisaukan emaknya, Kamariah.


Bagi Kamariah, usia dua puluh enam tahun telah melayakkan seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga. Lantas atas persetujuan Kirana, dia bertindak mencarikan jodoh untuk anak gadisnya itu. Dengan bantuan adik perempuan Kirana, Kamariah menemui rakan lamanya, Dahlia di Facebook. Kebetulan ketika itu, Dahlia juga sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.


Saat bertentang mata dengan Edryzal, Kirana sedar ada satu perasaan halus menyentuh hatinya. Tetapi sayang, lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengannya. Sikap dingin lelaki itu seakan-akan melumpuhkan impian perkahwinan indah Kirana.


Kirana terkejut apabila Edryzal setuju untuk menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi dia tahu, lelaki itu menerimanya atas dasar permintaan orang tua mereka. Puas berbolak-balik dengan hati sendiri, Kirana akhirnya menerima tetapi dengan syarat, pertunangan mereka haruslah diikat untuk tempoh setahun. Dia tidak mahu lelaki itu menikahinya tanpa rasa cinta dan semata-mata kerana orang tua mereka.


Berjayakah Kirana menjadikan impiannya satu realiti? Mampukah dia membuat lelaki itu jatuh cinta padanya sebelum tarikh pernikahan mereka tiba? Dan, bisakah dia menerima seandainya dia tahu ada nama gadis lain yang sudah terukir indah di hati Edryzal?


“Mungkin dia dingin, mungkin dia kaku, mungkin juga dia kayu... tetapi apabila status hati hanya tertulis namanya, maka hanya dia milikku dan hanya aku yang berhak atas cintanya.”

Tuesday, 7 May 2013

Gadis Edisi Terhad ~ Rin Ahmad

Gadis Edisi Terhad
Pengarang: Rin Ahmad
Penerbit: Kaki Novel
Muka Surat: 729
Harga Jual: RM 24.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Mei 2013  

Sinopsis
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

I love you Fishy.”
I love you too Cheesy.”

Wednesday, 1 May 2013

Takdir Buat Q ~ S.N Hidayah Haron

Takdir Buat Q
Pengarang: S.N Hidayah Haron
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat: 504
Harga Jual: RM 19.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan April 2013  

Sinopsis
“Ar janji. Ar akan sentiasa setia kepada Q. Ar akan tunggu Q. Ar harap Q pun sanggup tunggu Ar walau apapun terjadi. Q tetap dalam hati Ar...”

Takdir Quraisyah... Akhirnya Hadzhar pergi dan menghilang. Sedangkan Hadzhar telah menjadi sebahagian daripada dirinya. Begitu besar cinta yang tersimpan buat Hadzhar, begitu berat sengsara yang dipikul sejak Hadzhar menghilang. Semua keindahan telah Hadzhar bawa pergi tanpa belas. Cinta pertamanya.

Aril. Hadirnya bagai kesateria. Sayap kasihnya mekar, menaungi nisa yang sepi. Mencintai dari jauh, memberi kasih dengan tulus.

“Izinkan Aril menjadi sayap buat Q. Tiada yang terindah bagi Aril selain Q menerima Aril seadanya, memberi sedikit ruang buat Aril untuk bertakhta dalam hati Q.”

Tapi setianya masih kejap menunjang. Hadzhar masih dinanti. Aril tanpa jemu terus mencuba.

“Apa kata kita kahwin?” seloroh Aril lagi.

“Hei! Mengarutlah. Q ni belajar pun tak habis lagi, tau. Nanti kalau Mak Senah kat kampung tu kejar Q, tak cukup tanah Q nak lari!”

Debunga bahagia mulai tersebar.


“Abang, Q sudi jadi suri hidup abang hingga ke akhir hayat Q.”

Takdir Buat Quraisyah. Sekali lagi, takdirnya menyimpang dari laluan cinta. Aril pergi. Tapi perginya tiada kembali.


“Abang pergi lama tau, jangan rindu abang. Jangan tunggu abang.”


Masih adakah lagi sayap kasih yang sudi menaunginya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...