Saturday, 24 March 2012

Jaja dan Din ~ Noor Suraya

Jaja dan Din
Pengarang: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Muka Surat: 482
Harga Jual: RM 17 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis:
Cinta pandang pertamakah ini...

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A=  katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B=  rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C=  kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D=  segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan
cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

** dalam khusyuk membaca tiba2 terselit nama seorg pemimpin songsang tatkala bercerita mengenai perjuangan pejuang2 Islam..terus hilang semangat nak membaca..sepatutnya soal politik x diselitkan dalam novel yang sudah digarap dengan cukup baik..takut nak beli buku penulis ni lagi takut terselit lagi nama pemimpin songsang yg sebenarnya x de kena mengena langsung dengan jalan cerita apatah lagi tajuk novel ni sendiri **

Thursday, 22 March 2012

Demi Cinta Ini ~ Syikin Zainal

Demi Cinta Ini
Pengarang: Syikin Zainal
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 453
Harga: RM17 (termasuk pos)

Status: Sold

 Sinopsis:
Myra Malissa Mohd Hakim yang sejak dari kecil hanya mengenali Haji Dasuki dan keluarga. Hidupnya menjadi teka-teki apabila Haji Dasuki sendiri tidak mahu menceritakan siapa dirinya yang sebenar. Myra berjaya dalam misinya tetapi Myra juga berjaya membongkar satu rahsia yang menghiris dan menghancurkan kasihnya. Kisah cinta Danish dan Myra dicemari oleh onar Tan Sri Johar yang tidak mahu menyatukan mereka. Bagaimanakah dengan kasih Danish terhadap Myra? Sanggupkah dia melukakan hati keluarganya demi cintanya pada Myra?

"Pada aku lupakan apa yang terjadi semalam jangan difikirkan apa yang nak terjadi esok, apa yang penting macam mana kita nak lalui hari ini. Kejadian semalam kita simpan jadi kenangan dan pedoman untuk hari ini. Untuk hari esok kita terima dengan hati dan minda yang terbuka kerana semuanya telah ditentukan untuk kita." - Danisy Ikhwan

"Dahlah. Myra sanggup apa sahaja untuk cinta kita. Susah senang kita bersama, cuma Myra tak mahu abang putus harapan. Masih banyak lagi jalan yang ada. Cuma terpulang pada kita mahu menempuh jalan yang mana." - Myra Malissa


"Saya dah tahu semuanya tu. Saya tahu abang dengan Haji Dasuki tu buat apa pada Dhuha, Hakim dan Myra. Haji Dasuki dah ceritakan semuanya pada saya. Selama ini saya pendamkan semuanya, untuk Danny. Tapi sekarang semuanya sudah terbongkar." - Datin Zaira

** best..2 thumbs up.. **

Saturday, 17 March 2012

Cinta Ini Milik Kita ~ Maisara Sofea

Cinta Ini Milik Kita
Pengarang: Maisara Sofea
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 528
Harga: RM17 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis:
Cinta pertama adalah cinta yang paling sukar untuk dilupakan. Apakah itu hanya ungkapan manis madah pujangga atau benar-benar terjadi bila hati sudah mencintai seseorang?
Itulah yang terjadi bila Nur Maisara mula jatuh hati ketika zaman sekolah sehingga hatinya terantai meskipun lima tahun terpisah dengan Mohd Ean.Terpisah dalam jarak dan waktu yang lama membuatkan penantian Nur Maisara memudar dan terganti dengan kehadiran Ahmad Hazeeq. Apakah yang terjadi apabila pertemuan kembali tercipta antara Nur Maisara dan Mohd Ean Nazeerul setelah lima tahun terpisah?

Saturday, 10 March 2012

Kupujuk Hati ~ Zuri Yanie

Kupujuk Hati
Pengarang: Zuri Yanie
Penerbit: Alaf21
 Muka Surat: 486
Harga: RM 17 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis:
BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!

** Sedih gak la cite ni.. **

Kau Untukku ~ Aisya Sofea

Kau Untukku
Pengarang: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 516
Harga: RM17 (termasuk pos)

Status: Sold

Sinopsis:
Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati. 


** sweet la cite ni.. **
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...