Tuesday, 30 April 2013

Be My Wife! ~ Nurul Ain Syuhada

Be My Wife!
Pengarang: Nurul Ain Syuhada
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat: 544
Harga Jual: RM 20.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan April 2013  

Sinopsis
HUBUNGAN baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden.

Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untuk menjadi BENCI...

Kerana harta, Elman akur dengan permintaan  ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!

Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.

“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH
‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN
“Abang Elman yang masak?” - HANNAH
“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN
Tapi...  Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.
Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?

Monday, 29 April 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta ~ E-man Sufi

Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Pengarang: E-man Sufi
Penerbit: Karya Seni
Muka Surat: 627
Harga Jual: RM 22.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

Wednesday, 24 April 2013

Kopi Ladyku ~ Ainul Hazrah

Kopi Ladyku
Pengarang: Ainul Hazrah
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 609
Harga Jual: RM 23.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal di rumah setinggan. Dia punya cita-cita tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga, namun demi adik-adik dia terpaksa melupakan niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Baidura dan adiknya, Izhar telah menawarkan pekerjaan sebagai kopi ‘lady’ di pejabat mereka kepada Arisa dan membawa gadis itu tinggal bersama mereka. Sebagai anak kampung yang polos dan lurus, semuanya begitu asing buat Arisa. Banyak suka duka yang berlaku di dalam era baru kehidupannya.

Akhirnya, kehadiran Arisa di dalam keluarga itu menjadi buah mulut saudara-mara. Demi menutup mulut tempayan yang sentiasa terbuka itu, Izhar telah bersetuju untuk mengahwini Arisa. Arisa pula bersetuju untuk berkahwin dengan Izhar kerana Izhar telah berjanji untuk membiayai pelajarannya ke menara gading.

Walaupun bukan kerana orang ketiga, pasangan yang baru mengenal bahagia itu dilanda badai juga. Kapal mereka terumbang-ambing di lautan tanpa haluan. Mereka ingin mencari arah, tapi seakan tenggelam punca. Kini, mereka hanya mampu bertahan selagi terdaya.

“Betul Iz nak kahwin dengan Icha? Dia tu bukan betul sangat, rempang-rempang bahasa. Wayar berselirat, tak putus saja lagi.” - Muiz -

“Wayar dia cuma berselirat, belum putus lagi. Bila dah kahwin nanti, saya akan susun balik wayar tu elok-elok dan takkan biarkan dia putus, Insya-ALLAH!” - Adib Izhar-

Saturday, 20 April 2013

Mama Mia Shaza ~ Emy Roberto

Mama Mia Shaza
Pengarang: Emy Roberto
Penerbit: LoveNovel Publication
Muka Surat: 512
Harga Jual: RM 20.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka.

Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.

“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan
“Okay, fine. What if I choose the baby?”- Maya
“Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan

Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri.

Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.

“Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan
“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?

Monday, 15 April 2013

Kau Yang Pertama dan Terakhir ~ Qaseh Farina


Kau Yang Pertama dan Terakhir
Pengarang: Qaseh Farina
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat: 586
Harga Jual: RM 21.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
“HEI betina! Berambus kau dari rumah aku ni. Keluar kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi.

Betina sial!!!”

Bermula dari peristiwa malang itu, Maimun membawa diri bersama anaknya, Zairin Elina yang ketika itu berusia setahun. Nasib malang berakhir apabila dia ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Datuk Syeikh Mustapha.

Namun, nasibnya selalu dirundung malang apabila sekali lagi dia dan anaknya dihalau keluar oleh ibu Datuk Syeikh Mustapha tanpa pengetahuan sesiapa pun. Peristiwa yang menyembunyikan pelbagai cerita yang tersembunyi.

Setelah 20 tahun berlalu, pertemuan kembali telah menyebabkan Datuk Syeikh Mustapha mengambil keputusan yang besar. Perkahwinan yang diatur? Ya! Kerana ingin menebus kesilapan dan dosa keluarga Datuk Syeikh Mustapha kepada arwah Maimun, dia dan  isterinya, Datin Syarifah Zaharah mengambil keputusan menjodohkan anaknya, Syeikh Azri Sufian dengan Zairin Elina. 

“Saya tak kata yang saya tak suka. Kita kenal pun belum lagi. Macam  mana saya nak kata suka atau tak?”- Zairin Elina

“Habis tu... kau dah suka dengan akulah ni?”- Syeikh Azri Sufian

“Saya tak kata pun yang saya sukakan encik.”- Zairin Elina

“Apa yang kau  melalut ni, hah perempuan? Sekejap kata suka... sekejap kata tak suka. Kau ni dah gila, ya?”- Syeikh Azri Sufian

Tika cahaya bahagia mula menerbitkan sinarnya, fitnah daripada kekasih Syeikh Azri Sufian telah menggugat kebahagiaan yang dibina. Rahsia yang selama ini terpendam telah melukakan hati Zairin Elina. Rupa-rupanya selama ini, keluarga Datuk Syeikh Mustapha tidak jujur kepada dia.

Mereka menolong semuanya kerana bersebab! 

Mampukah dia melupakan dan memaafkan mereka atas segala yang telah terjadi kepada arwah ibunya? Apakah bahagia itu akan tetap menjadi miliknya? Bisakah dia mencintai dan memiliki lelaki
yang pertama dan terakhir bertakhta dalam hatinya?

“Mungkin pada sayang, cinta abang ini dusta belaka. Tapi percayalah sayang, abang nyatakan ini
setulus jiwa.”

Friday, 12 April 2013

Sungguh! Aku Gilakan Kau ~ Izz Alejandra

Sungguh! Aku Gilakan Kau
Pengarang: Izz Alejandra
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat: 623
Harga Jual: RM 22.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
CINTA? Bagi Adrianna cinta tak membawa apa-apa makna. Sikit pun dia tak pernah ada hati nak bercinta. Hubungan dengan mana-mana lelaki tak pernah kekal lama. Bagi Adrianna, cukup hanya ada Danial sebagai kawan baiknya. Danial yang senantiasa ada setiap masa untuknya, Danial yang cool, suka mengusik, dan juga perasan kacak!

“Danial! Nasib baik awak ni...” - Adrianna
“Handsome? Terima kasih. Dah lama tahu.” - Danial
“Perasan gila… Dalam mimpi pun awak takkan dengar.” - Adrianna
“Eh? Awak selalu mimpikan saya ke, Rene? Awak mimpi apa, ek?” - Danial

KAHWIN? Huh! Dia bukannya tak laku tapi dia yang tak mahu. Demi memenuhi impian emak, dia merancang sesuatu di luar dugaan. Rancangan yang tak pernah dibuat dek orang! Tapi apa yang dirancang tak seperti yang dia mahukan. Akhirnya rancangan yang diciptanya sendiri telah membuatkan perasaannya berantakan.

Akhirnya rancangannya membuahkan hasil seperti yang diinginkan. Namun, perasaan lain pula wujud menyebabkan hatinya goyah untuk meneruskan nekadnya. Peristiwa demi peristiwa yang dialami menyebabkan dia semakin kuat dengan perasaan itu.

 “Janji dengan saya awak takkan jatuh cinta dengan saya?” - Adrianna
“Then awak jangan buat saya jatuh hati dengan awak. Tapi kalau awak yang jatuh hati dengan saya pulak nanti?” – Danial

Bolehkah Adrianna mempertahankan kata-kata angkuhnya untuk tidak jatuh cinta kepada Danial? Apa pula akan terjadi kepada hubungan persahabatan mereka berdua?
Sungguh! Aku Gilakan Kau akan merungkaikan kemelut kisah mereka...

Sunday, 7 April 2013

Abah, Adik Nak Kahwin! ~ Aireen Erina

Abah, Adik Nak Kahwin!
Pengarang: Aireen Erina
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 579
Harga Jual: RM 21.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana, anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita?

Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang ‘angin kus-kus’ sering timbulkan sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi…

Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tak lut dengan godaan palsu.

Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu jadi intan payung di hati suaminya seorang.

Wednesday, 3 April 2013

Cinta Bersaiz XXL ~ Aliesha Kirana

Cinta Bersaiz XXL
Pengarang: Aliesha Kirana
Penerbit: Karya Seni
Muka Surat: 456
Harga Jual: RM 17.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”

“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”

Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?

Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.

Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.

“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”

“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”

Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.

Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.

Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?

Tuesday, 2 April 2013

Lelaki Eksklusif ~ Wan Alwilya Rayqal

Lelaki Eksklusif
Pengarang: Wan Alwilya Rayqal
Penerbit: Karya Seni
Muka Surat: 413
Harga Jual: RM 16.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.

“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”

“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”

“Serius?”

“Ngee, melampau bos ni.”

“Nora, saya serius ni.”

“Ya ke?”

Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.

Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.

Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.

Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...