Wednesday, 16 July 2014

Nak Kahwin Duit Tak Ada ~ Naufal Tarmizi

Nak Kahwin Duit Tak Ada
Pengarang: Naufal Tarmizi
Penerbit: JS Adiwarna
Muka Surat: ***
Harga Jual: RM 15.00 (excluding postage)
Status: Available
Terbitan Jun 2013  

Sinopsis
Saiful Ammar telah mengenali Hanis Amirah sejak empat tahun yang lalu. Mereka sudah membayangkan hubungan mereka akan diakhiri dengan ikatan sakinah pernikahan. Akan tetapi, Ammar seakan ragu-ragu dengan keputusan untuk berkahwin dan meminta untuk menangguhkan hasrat Hanis Amirah untuk segera berkahwin. Setiap hari Hanis Amirah mendesak Ammar untuk segera berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya.
Pertemuan Ammar dengan Ramadhan dan Pak Hashim memberi peluang kepada pemuda itu untuk bekerja di kedai runcit. Setelah memperoleh gaji yang pertama, Ammar merasakan gajinya tak mencukupi jika dia mahu segera menyunting Hanis Amirah sebagai isterinya. Maka dia mencari kerja sampingan yang lain pada sebelah malam.
Tanpa disangka, Saiful Ammar mula terjebak dengan masalah pergeseran antara dua kongsi gelap. Kegopohannya melakukan kerja lebih di waktu malam tanpa usul periksa menyebabkan dia diburu oleh kumpulan kongsi gelap yang dipimpin Bob.

Rindu Awak 200% ~ Liyana Zahim

Rindu Awak 200%
Pengarang: Liyana Zahim
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 608
Harga Jual: RM 15.00 (excluding postage)
Status: Sold
Terbitan Ogos 2013  

Sinopsis
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Tiba-tiba, Dia Ada ~ Rehan Makhtar

Tiba-tiba, Dia Ada
Pengarang: Rehan Makhtar
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat: 647
Harga Jual: RM 15.00 (excluding postage)
Status: Sold
Terbitan Jan 2014  

Sinopsis
Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. 
Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi. 

“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie

“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband. 

Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya

Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri. 

“Such a sweet talker...” - Arya

“Told ya... I was born with it...” – Ayie 

Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan 
tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.

“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya

“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie

Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan. 

Adakah mereka berjaya menghadapinya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...