Showing posts with label NB. Show all posts
Showing posts with label NB. Show all posts

Sunday, 26 August 2012

Dari Kerana Mata ~ Norhayati Berahim



Dari Kerana Mata
Pengarang: Norhayati Berahim
Penerbit: NB
Muka Surat: 870
Harga Jual: RM 23 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis:
Bolehkah dipercayai cinta seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa? Bolehkah dipegang segala janji dan kata-kata? Bagi ramai orang, cinta seorang kanak-kanak hanya cinta monyet, cinta yang cepat pudar dam hilang dalam sekelip mata. Cinta yang akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok dan pergi tanpa apa-apa rasa?

Tetapi bagi seorang anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yang dating dari mata turun ke hati. Cinta yang memicu dia terus berdiri dan berlari.

Cinta bagi seorang kanak-kanak, ianya terlalu jujur untuk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

Saturday, 14 January 2012

Blog Priasetia ~ Anuar Kamaruddin

Blog Priasetia
Pengarang: Anuar Kamaruddin
Penerbit: NB
Muka Surat: 571
Harga: RM 19 (termasuk pos)
Status: Available
 
Sinopsis:
Blog Priasetia, tidak membuka laman blog itu sehari, Yuni Shora menjadi gundah. Tidak membaca apa yang didiktat oleh Priasetia, hidupnya menjadi serba tidak kena. Laman tersebut teman di waktu berduka. Seringkali ketika kesunyian melanda, Blog Priasetia menjadi temannya. 


Namun tanpa sedar, Yuni Shora akhirnya terperangkap dalam seribu satu macam cerita Priasetia. Kehilangan adiknya, Azroi, kisah silam sahabat ayahnya dan onar Lola Kesandra, si wanita pemburu nafsu, semuanya berkait dengan Blog Priasetia. 

Blog Priasetia, mengumpul segala suka duka, di situ segala ruwetnya kehidupan terburai dan paling penting, di situ kisah cinta Yuni Shora bermula…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...