Showing posts with label Ilya Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Ilya Abdullah. Show all posts

Saturday, 8 September 2012

Coke & Sundae II ~ Ilya Abdullah

Coke & Sundae II
Pengarang: Ilya Abdullah
Penerbit: Kaki Novel
Muka Surat: 632
Harga Jual: RM 20 (termasuk pos)
(ada tandatangan eksklusif penulis dan gift kad comel CNS II)
Status: Sold

Sinopsis
Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir a.k.a cicak kobeng. Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu.

Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir. Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-harakan keadaan yang sememangnya sedia kalut itu apabila Syakir mengatakan yang dia mahu bernikah dengan Katrina pula. Azyan macam nak pengsan!

Hati Azyan berlagu walang. Dalam tengah bersedih hati memikirkan si suami bakal menikah lagi satu, muncul pula Encik Ikhwan dan Zaril yang kacau daun, konon-kononnya mahu menjadi penghibur lara di hati Azyan. Boleh pula jadi macam ni ye?

Tetapi, apa yang pasti Ameerul tidak rela berbapa tiri dan bermak tiri. Hmmm… Azyan, Syakir pandai-pandailah korang settlekan masalah ni.

Syakir: “Sumpah! Abang memang minat pelakon Kareena Kaapor tu tapi abang tak minat Katrina Kaif.”

Azyan: “Samalah tu, dua-dua pelakon Hindustan! Hantar Yan balik rumah ayah!”

Thursday, 24 May 2012

Coke and Sundae ~ Ilya Abdullah

Coke dan Sundae
Pengarang: Ilya Abdullah

Penerbit: Kaki Novel

Muka Surat: 368
Harga: RM 16 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis: 
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.

Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.

Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. 

Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.

Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...