Showing posts with label Buku Prima. Show all posts
Showing posts with label Buku Prima. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

Suamiku Encik Sotong ~ Syikin Zainal

Suamiku Encik Sotong
Pengarang: Syikin Zainal
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 610
Harga Jual: RM 24.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Jun 2013  

Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Friday, 15 March 2013

Cinta Sambal Belacan ~ Junie Octovian

Cinta Sambal Belacan
Pengarang: Junie Octovian
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 545
Harga Jual: RM 21.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?

“Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia.” - Puan Adila

Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu? - Tengku Azri
Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana? - Lily Athira

Tuesday, 12 March 2013

Pengantin Ekspress ~ Pitteriah Abdullah

Pengantin Ekspress
Pengarang: Pitteriah Abdullah 
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 515
Harga Jual: RM 18.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH.Aleeya bukan calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. 

Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad.Namun bukan senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga. Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?

Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya

Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan

Tuesday, 16 October 2012

Cucur Bawang & Kopi 'O' ~ Hasrudi Jawawi (NEW)


Cucur Bawang & Kopi 'O' (NEW)
Pengarang: Hasrudi Jawawi
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat:720
Harga Jual: RM 25.90
Status: Sold

Sinopsis
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati masing-masing masih keras kepala. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

"Esok ajelah, hari dah malam. Aku perlu kuat. Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul-betul
cintakannya. Walaupun cinta aku ditolak, aku kecewa dengan bergaya. Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi. Kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam?" ~ Iskandar


Andai bisa kau aku miliki, akan aku laksanakan kau bagai bulan. Akan kunanti setiap hari. Akan kurindu setiap waktu. Walaupun cahayamu terkadang kelam. Serimu tidak pernah berbalam. Andai kau laksana bulan, aku pula laksana mentari. Saling berkongsi cahaya, mengindahkan siang dan menyerikan malam. Kau begitu indah di mataku. ~ Khairulnizam

Cinta, tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta. Sesiapa pun layak jatuh cinta. Yang pandai menilai, hanyalah hati. Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta. Kalau dah cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain, dia tetap cantik di mata kita. ~ Rudiana

Sunday, 23 September 2012

Kejap Ada Kejap Tak Ada ~ Ebriza Aminnudin

Kejap Ada Kejap Tak Ada
Pengarang: Ebriza Aminnudin
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat:451
Harga Jual: RM 18 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan September 2012

Sinopsis
Pemalas. Memperhabiskan beras emak bapak adalah kata-kata yang sering dilemparkan oleh Hawadah (Ibu) kepada Abzariq. Abzariq tidak suka bekerja di bawah orang lain, namun dia juga tidak berusaha mencari kerja dengan inisiatif sendiri sehingga kerap kali mengundang amarah Hawadah.

Pertemuannya dengan Adryssa si gadis impian telah merubah segala-galanya. Mahukah Abzariq menuruti segala kehendak Adryssa demi memperolehi cinta gadis itu? Berjayakah Adryssa menjadikan Abzariq dari seorang yang pemalas kepada seorang pemuda yang bertanggungjawab dan mempunyai kerjayanya sendiri?


“Ya. Kau betul. Kita wujud apabila mereka mahu dan kita akan lenyap sesudah mereka menemui apa yang mereka cari selama ini kerana itulah misi kita berada di samping mereka.– Adryssa


“Manalah si chipsmore ni pergi? Kata nak ke tandas saja, tapi kenapa masih tak muncul-muncul. Tak takut terlepas penerbangankah? Adryssa .... Adryssa ... janganlah buat aku tak keruan. Aku betul-betul akan jadi tengkorak hidup nanti.” - Abzariq


Sememangnya aku wanita lemah yang telah disumpah olehMu Ya Allah, akan berada di dalam jagaan keluargaku selagi sumpahan itu tidak berakhir dengan didatangi olehMu jodohku yang bakal melenyapkan segala sumpahan yang telah engkau palitkan pada diriku ini. Dengarkanlah permintaan hambamu ini Ya Allah ya tuhanku. Jagakanlah dia dari lena yang panjang hanya untukku. – Faradina

Friday, 14 September 2012

Valentina Nervosa ~ Nurul Syahida


Valentina Nervosa
Pengarang: Nurul Syahida
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 517
Harga Jual: RM 18 (termasuk pos)
Status: Available

Sinopsis:
Mariyyah tidak meminta banyak. Dia cuma mahu meluaskan perniagaannya dan mengahwini teman lelakinya Din yang telah bersama dengannya selama tujuh tahun. Namun apabila Din meminta mereka berpisah pada Hari Valentine, Mariyyah menyedari banyak yang perlu dia mulakan kembali. Sendirian menghadapi fobianya dengan Hari Memperingati Kekasih, dia harus menyelesaikan masalah temannya Faizah yang putus hati, Abang Aziz yang putus tunang dan Amer yang putus harapan. Menambahkan pening kepalanya, dia juga berdepan dengan pengkhianatan kawan baiknya Soraya dan pekerjanya Razif yang sukar difahami apatah lagi dikawal. Dengan semua kegilaan dalam hidupnya, dia tidak pasti sama ada dia putus cinta, jatuh cinta lagi atau hanya mahu bersendiri?

"Abang tanya saya okey atau tidak? Saya dah berumur 27 tahun, saya masih 'single', bekas teman lelaki saya nakkan saya balik tapi saya dah tak ada hati dengan dia, lelaki yang saya suka pulak balik kampung dan tak jawab panggilan saya sampai sekarang, kawan baik saya khianati saya dengan abang kepada lelaki yang saya paling tidak suka dan saya 'stuck' di sini abang, membuat kerja yang sia-sia jumpa seorang jutawan yang tak nak kahwin dengan wanita sebaya dengan diri sendiri!" - Mariyyah

"Well', kalau nak main 'jigsaw puzzle', biasanya kita tak jumpa piece yang sesuai. Kena 'try' banyak kepingan untuk 'piece' dan sesuaikan dengan yang dah siap, kan?"

"Point being?"

"Hubungan pun macam tu, Maya." - Amer

Wednesday, 29 August 2012

Panggil Aku Kiah ~ Liza Nur

Panggil Aku Kiah
Pengarang: Liza Nur
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 420
Harga Jual: RM 17 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya.

Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya.

Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?


Namaku Chanelle. Glamour, bukan? Tetapi itu bukan nama sebenar. Nama sebenarku jarang aku gunakan, hanya sekadar penghias kad pengenalan. Jengkel nak kugunakan selalu. Sebutannya bagiku kuno, terencat dalam dunia serba moden ini. ~ Kiah

"Badan Cik Kiah tu kurus kering tapi berat. Lepas tu kalau dah tidur tu, tidur mati. Agaknya kalau kelambu terbakar, memang dia hangit kat dalam. Lidah macam orang putih, asyik nak makan Western aje. Tengok nasi lemak pun geli. Perasan lawa pulak tu." ~ Hud

"Percayalah, Kiah. Aku dah berubah. TUHAN tu Maha Adil, Kiah. Dia dah balas cash semua yang aku buat. Aku menyesal, Kiah." ~ Reza

Wednesday, 15 August 2012

Dalam Hati Ada Cinta ~ Ayuma Umairah

Dalam Hati Ada Cinta
Pengarang: Ayuma Umairah
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 532
Harga Jual: RM 18 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Mellisa cuba mengubah perwatakannya menjadi lebih baik seperti adik kembarnya. Namun, sehebat mana pun persamaan wajah dan sifat mereka, Mellisa tetap Mellisa dan tak mungkin dia dapat menggantikan tempat adik kembarnya. Tak mungkin Mellisa dapat menjadi Wirdayu, mencintai Ikmal sepertimana Wirdayu. Ikmal cintakan Wirdayu, bukan Mellisa.

Bolehkah dia mengambil tempat itu? Namun demi menggembirakan hati seorang ibu, dia akur. Hidup Mellisa makin kelam-kabut bila dia dengan rela hati ingin membantu kawan Haris yang dalam kesusahan. Dia perlu berlakon menjadi teman wanita Hakimi untuk satu malam. Perkenalannya dengan Hakimi membuatkan hidupnya makin parah. Hati makin gelisah apabila jejaka yang disangkakan ‘gay’ itu meluahkan cinta kepadanya. Mellisa hilang kata-kata.

Betulkah Hakimi mencintainya? Atau dia hanya menipu untuk menutup perangainya itu? Antara Hakimi dan Ikmal, siapa perlu dia pilih?

Saturday, 11 August 2012

My Love Is Playgirl ~ Siti Nur Dhuha


My Love Is Playgirl
Pengarang: Siti Nur Dhuha
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 678
Harga Jual: RM 24 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya.

Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila.

Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

Monday, 6 August 2012

Te Amo Sayang ~ Adra Adlina

Te Amo Sayang
Pengarang: Adra Adlina
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 436
Harga Jual: RM 17 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Faaeq Rifqi begitu pembersih dan tidak mampu bertolak ansur dengan sebarang bentuk kotoran walau habuk sekalipun. Kerjaya sebagai pramugara menjadikan dia lebih teliti dalam apa jua keadaan. Namun dapatkah Faaeq Rifqi memastikan dia akan jatuh cinta dengan wanita yang bersikap serupa dengannya?

Taipei menjadi destinasi pertemuan antara anak muda ini dengan si editor cemerkap Sara Irdina. Sara Irdina akhirnya tertawan dengan kematangan Faaeq Rifqi meski jejaka itu muda empat tahun daripadanya.Ikatan pernikahan membuka sisi baru buat mereka. Faaeq si pembersih rupanya berpasangan dengan Sara yang langsung tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah.

Lalu bagaimanakah pasangan ini berkomunikasi? Dapatkah Faaeq bertahan dengan sikap isterinya yang ternyata amat kontra itu?



Terbayang muka tiada perasaan Faaeq setiap kali bertembung dengannya. Entah benci entah suka pun dia tak tahu. Silap-silap jejaka itu tidak melepaskan peluang untuk menyumpahnya dalam hati.


Beristigfar panjang si pembersih ini dibuatnya. Belum pernah dia membiarkan baju kotor bertimbunan sehingga terpaksa dilonggokkan ke lantai. Cadar juga hampir tertanggal dari tilam, manakala selimut dibiarkan tidak berlipat. Apa sudah jadi? Sibuk sangatkah isterinya sehingga tiada masa untuk mengemas tumah? - Faaeq Rifqi


Rindunya pada Faaeq hanya ALLAH yang tahu. Kalaulah Faaeq tahu betapa dia cuba untuk mengentalkan hati. Kalaulah suaminya tahu yang dia begitu mudah untuk memaafkan? Tetapi dia juga punya harga diri. Dia juga seorang wanita biasa yang tidak mampu untuk melupakan segala yang telah berlaku dalam sekelip mata. - Sara Irdina

Wednesday, 11 July 2012

Miss Pisau Cukur ~ Siti Nur Dhuha

Miss Pisau Cukur
Pengarang: Siti Nur Dhuha
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat:580
Harga Jual: RM 20 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Amera, anak angkat yang dijadikan tempat melepaskan dendam dan geram Ku Afnan Zakirin iaitu, anak Tan Sri Ku Ali kerana Amera disangka anak perempuan simpanan ayahnya. Sehinggalah terjadi satu tragedi berdarah, Amera terbunuh angkara Ku Afnan Zakirin. Kemunculan Nurul, si gadis bermata duitan telah berjaya menawan hati Ku Afnan. Meskipun kehadiran Nurul semata-mata inginkan kemewahan dan kesenangan, Ku Afnan Zakirin tetap ingin memiliki gadis itu. Pada masa yang sama Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin. Namun, lamaran Ku Afnan sebagai kekasihnya lebih menarik berbanding Jeff yang langsung tidak memenuhi sasarannya sebagai Miss Pisau Cukur. Mampukah kuasa cinta bisa merubah prinsip Nurul bahawa wang bukan segala-galanya?

"Saya sanggup selagi saya mampu dan permintaan awak tu tak keterlaluan. Saya tahu saya bukan orang yang awak cintai. Saya tahu kalau awak setuju untuk bersama saya tentu kerana wang. Tapi saya tak kisah semua tu, yang paling penting saya dapat bersama orang yang saya sayangi. Orang yang mampu membahagiakan saya. Orang yang mampu membuatkan saya ingin hidup beratus-ratus tahun lagi." - Ku Afnan Zakirin

"Apa? 50 ribu! Banyaknya. Okey saya setuju. Tapi... eh, nanti dulu. Awak ingat saya ni perempuan murahan ke? Saya tak pernah sekalipun menyerahkan maruah saya pada sesiapa pun tau. Memanglah saya rasa macam nak setuju je dengan tawaran tu, tapi adik saya beritahu, dia dah pesan jadi pisau cukur boleh, tapi jangan sampai tergadai body." - Nurul

"Jeff tak sangka, untuk pertama kalinya Jeff jumpa Miss Pisau Cukur yang sangat baik hati macam awak Nurul. Cinta awak tulus sangat. Tak pernah ada wanita yang sayangkan Jeff macam awak sayangkan Jeff. Jeff nak Nurul hidup untuk Jeff..." - Jeff

Sunday, 8 July 2012

Kala Cinta Menggoda ~ Noorfadzillah

Kala Cinta Menggoda
Pengarang: Noorfadzillah
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat:516
Harga Jual: RM 18 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Tiga Siti yang saling berbagi cerita. Siti Saleha aka Tiha, pandai bergaya dan seksi. Pantang melihat lelaki 3K, karier-kaya-kumis. Sementara Siti Nurbaya aka Tiya pula berperwatakan tomboi. Rambut pendek ala 'Mitha The Virgin' artis seberang, idolanya. Gadis yang tidak gemar mendekati lelaki tetapi tidak bermakna dia anti-lelaki. Si bongsu, Siti Raihana aka Tina pula, sopan santun dan lemah gemalai orangnya namun kadangkala menggelabah tidak bertempat. Penampilannya cukup muslimah. Ada duda ingin mendekatinya. Siapakah yang mampu menggoda hati untuk mendapatkan cinta tiga Siti ini?

"Faham pun anak-anak mak. Habis bila lagi mak nak tengok kau orang semua bawa calon ni. Mana bakal-bakal menantu mak? Teringin jugak mak menepung tawar kau orang atas pelamin. Teringin juga sambut menantu. Teringin nak bercucu-cicit. Teringin pulak mak menikah sekali lagi. Aik! Salah! Bukan mak yang nak menikah lagi. Habis itu bilanya masa itu tiba." - Mak Cik Siti Ayu

"Amboi... cakap memang senang. Lidah tak bertulang memang mudahkan bermadah apa sahaja. Tiada perempuan lain konon. Habis itu sampai beranak tiga orang anak itu... apa? Bercinta bagai nak rak dengan Tiha pulak. Bang... gunung itu tak mungkin lari. Abang itu yang Tiha takut lari. Huh!" - Siti Saleha

"Engkau boleh tak jangan sentuh-sentuh bab penampilan aku. Ada aku pernah kata penampilan engkau. Ada aku kata baju engkau tiap hari macam tak cukup kain aje aku tengok. Jolok sana, jolok sini. Kadang macam nangkas bungkus pun ada. Macam badut sarkas pun iye. Tak adakan? Tapi aku cakap semua itu dalam hati sahaja. Tak tegur-tegur hadapan kau pun." - Siti Nurbaya

Sunday, 1 July 2012

Betulkah? ~ Amanda Aniqah

Betulkah?
Pengarang: Amanda Aniqah
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 437
Harga Jual: RM 17 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?

"Women are like internet virus. First, they enter your life, scan your pockets, transfer your money, edit your mind, download their problems, delete your smile and hang your life." - Nur Mawarni

"You know you have me. Itulah gunanya kawan. Saling bantu-membantu. Saudara, kita akan peroleh begitu sahaja. Tapi kawan, kita sendiri yang kena cari." - Farhan

"Tuhan bagi anggota kita secara berpasangan. Kenapa TUHAN kurniakan sekeping hati untuk kita? Kerana TUHAN memberi sekeping hati lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta." - Anuar

"Hai, tak puas lagikah cipta tension island ni? Baru kena pinang, belum ajak terjun Effiel Tower, tapi dah macam burung tak jumpa sarang yang sesuai." - Melati

"Aku tak layak untuk sesiapa." - Nurul Suhailah

Thursday, 22 March 2012

Demi Cinta Ini ~ Syikin Zainal

Demi Cinta Ini
Pengarang: Syikin Zainal
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 453
Harga: RM17 (termasuk pos)

Status: Sold

 Sinopsis:
Myra Malissa Mohd Hakim yang sejak dari kecil hanya mengenali Haji Dasuki dan keluarga. Hidupnya menjadi teka-teki apabila Haji Dasuki sendiri tidak mahu menceritakan siapa dirinya yang sebenar. Myra berjaya dalam misinya tetapi Myra juga berjaya membongkar satu rahsia yang menghiris dan menghancurkan kasihnya. Kisah cinta Danish dan Myra dicemari oleh onar Tan Sri Johar yang tidak mahu menyatukan mereka. Bagaimanakah dengan kasih Danish terhadap Myra? Sanggupkah dia melukakan hati keluarganya demi cintanya pada Myra?

"Pada aku lupakan apa yang terjadi semalam jangan difikirkan apa yang nak terjadi esok, apa yang penting macam mana kita nak lalui hari ini. Kejadian semalam kita simpan jadi kenangan dan pedoman untuk hari ini. Untuk hari esok kita terima dengan hati dan minda yang terbuka kerana semuanya telah ditentukan untuk kita." - Danisy Ikhwan

"Dahlah. Myra sanggup apa sahaja untuk cinta kita. Susah senang kita bersama, cuma Myra tak mahu abang putus harapan. Masih banyak lagi jalan yang ada. Cuma terpulang pada kita mahu menempuh jalan yang mana." - Myra Malissa


"Saya dah tahu semuanya tu. Saya tahu abang dengan Haji Dasuki tu buat apa pada Dhuha, Hakim dan Myra. Haji Dasuki dah ceritakan semuanya pada saya. Selama ini saya pendamkan semuanya, untuk Danny. Tapi sekarang semuanya sudah terbongkar." - Datin Zaira

** best..2 thumbs up.. **

Saturday, 17 March 2012

Cinta Ini Milik Kita ~ Maisara Sofea

Cinta Ini Milik Kita
Pengarang: Maisara Sofea
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 528
Harga: RM17 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis:
Cinta pertama adalah cinta yang paling sukar untuk dilupakan. Apakah itu hanya ungkapan manis madah pujangga atau benar-benar terjadi bila hati sudah mencintai seseorang?
Itulah yang terjadi bila Nur Maisara mula jatuh hati ketika zaman sekolah sehingga hatinya terantai meskipun lima tahun terpisah dengan Mohd Ean.Terpisah dalam jarak dan waktu yang lama membuatkan penantian Nur Maisara memudar dan terganti dengan kehadiran Ahmad Hazeeq. Apakah yang terjadi apabila pertemuan kembali tercipta antara Nur Maisara dan Mohd Ean Nazeerul setelah lima tahun terpisah?

Saturday, 14 January 2012

Cinta Kau & Aku ~ Siti Rosmizah

Cinta Kau & Aku
Pengarang: Siti Rosmizah
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 684
Harga: RM 18 
Status: Sold 

Sinopsis:
“Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampong aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke? Nak jadi driver,” marah Mak Timah.
“Kalau saya katakan saya tidak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya,” soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
“Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.”
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah merobek kepercayaannya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...