Showing posts with label Lily Haslina Nasir. Show all posts
Showing posts with label Lily Haslina Nasir. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Prince Charming: Siapa Awak? ~ Lily Haslina Nasir

Prince Charming: Siapa Awak?
Pengarang: Lily Haslina Nasir
Penerbit: PTS
Muka Surat: 355
Harga Jual: RM 16 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Bukan mudah mencari pasangan merangkap teman sejiwa! Kata orang putih soulmate. Kadang-kadang, hati ini seperti suka, tetapi pihak di sana pula serba tidak kena! Ada waktu, terasa bagai serasi, tetapi itu hanya rasa di hati. 

Alia menyanjungi bapanya, Tuan Azizul. Tuan Azizul adalah lelaki yang punya pakej sempurna. Bagi Alia, bapanya adalah contoh prince charming. Hanya bapanya dan Rasulullah menjadi lelaki pujaan Alia.

Nenek sudah berleter, emak kerap mengeluh, dan saudara sekeliling mula bertanya, di mana jejaka serasi jiwanya. Kata mereka, Alia sudah ada jawatan hebat, sudah tamat belajar, dan perlu mencari prince charming.

Hidup menjadi kucar-kacir apabila pencarian prince charming bermula. Bagaimana ciri-ciri prince charming yang diidamkan? Alia pening! Rupa-rupanya payah mahu mencari prince charming. 

Friday, 13 July 2012

Awak Semanis Red Velvet ~ Lily Haslina Nasir

Awak Semanis Red Velvet
Pengarang: Lily Haslina Nasir
Penerbit: PTS
Muka Surat: 353
Harga Jual: RM 16 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Izzul Iskandar, jejaka yang serba tahu dan mahir membuat pelbagai jenis kek. Dia dipertemukan dengan Aireen, perancang perkahwinan yang cerewet.

Bekerjasama dengan Aireen bagi menyediakan tempahan pelanggan membuatkan kepala Izzul Iskandar pusing.

Kerjasama yang terjalin antara mereka penuh cabaran! Namun tanpa mereka sedari, cabaran itu yang menyatukan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...