Showing posts with label LoveNovel Publication. Show all posts
Showing posts with label LoveNovel Publication. Show all posts

Wednesday, 19 June 2013

Sesaat Cukup Bagiku ~ Laila Hanni

Sesaat Cukup Bagiku
Pengarang: Laila Hanni
Penerbit: LoveNovel Publication
Muka Surat: 622
Harga Jual: RM 23.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan April 2013  

Sinopsis
Tujuh tahun perkahwinan Maizatul Hafizah (Mai) dengan suaminya Muhammad Irfan, mereka tidak dikurniakan zuriat sehingga membuatkan Mai hidup dalam kemurungan. Pergolakan rumahtangga yang dibina dikuatkan lagi dengan perselisihan faham dan keegoan sehingga akhirnya Mai diceraikan dengan talak tiga. Namun tika penyesalan tiba, segala-galanya sudah terlambat. Kata perpisahan sudah dilafaz dan mereka hanya boleh bersama dengan cara mencari ‘cina buta’.

Dalam kebuntuan mencari seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk mengahwini Mai, Irfan diperkenalkan dengan Syamsul Hasni, seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan kekecewaan dan sanggup menerima syarat-syarat yang ditetapkan olehnya. Kerana terdesak untuk bersatu semula, Mai dan Irfan bersetuju menetapkan tempoh tiga bulan untuk bersuamikan Syamsul bagi mengelakkan syak wasangka dari masyarakat sekeliling.

Akhirnya Mai dan Syamsul bersatu dalam sebuah perkahwinan tanpa sekelumit rasa kasih dan sayang. Namun kehidupan yang dilalui oleh Mai sebagai isteri kepada Syamsul memberi pengalaman yang tidak pernah dilaluinya sepanjang hidup bersama Irfan. Walaupun mula disentuh rasa bahagia, perasaan cintanya kepada Irfan masih kukuh sehingga dia nekad mahu meninggalkan Syamsul apabila tiba masanya. Namun apabila tempoh tiga bulan menghampiri penghujungnya, hati kian berat mahu melangkah pergi.

Kerana timbul perasaan halus kepada Syamsul, Mai sedaya upaya membantu suaminya membina kehidupan yang lebih baik dengan memulakan perniagaan. Tidak mampu dinafi hati, kehadiran Syamsul dan keluarganya memberi berjuta rasa yang tidak pernah dia duga.

Namun kebahagiaan tidak datang dengan mudah. Bagaimana keindahan itu mampu kekal sekiranya Irfan tanpa jemu memujuk dan merayu?

Dan cinta yang mana perlu dia pilih? Bekas suami yang pernah dikasihi sepenuh jiwa, atau juga si suami yang melekat tanpa syarat di hatinya?

Saturday, 20 April 2013

Mama Mia Shaza ~ Emy Roberto

Mama Mia Shaza
Pengarang: Emy Roberto
Penerbit: LoveNovel Publication
Muka Surat: 512
Harga Jual: RM 20.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka.

Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.

“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan
“Okay, fine. What if I choose the baby?”- Maya
“Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan

Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri.

Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.

“Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan
“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?

Saturday, 23 March 2013

Dekat Pada Mu ~ Sarnia Yahya

Dekat Pada Mu
Pengarang: Sarnia Yahya
Penerbit: LoveNovel Publication
Muka Surat: 517
Harga Jual: RM 20.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Perkahwinan yang pincang, mungkinkah mampu dipulihkan kembali?

Rasa cinta yang terlewat hadir, haruskah dilepaskan pergi?

Bagi Iskandar, perkahwinannya bersama Tini adalah satu kesilapan dan masalah rumahtanggannya sering diluahkan pada Syafiqa, arkitek serta sahabat baik adiknya. Lama kelamaan perasaannya jadi berbeza dan dia cuba luahkan rasa hati melalui gurau senda.

‘Nanti Ika akan jadi isteri bongsu abang’ – IskandarBagi Syafiqa, dia membantu apa yang patut. Iskandar sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saat rumahtangga Iskandar terpaksa dileraikan, dia turut merasa kecewa. Lantaran itu, tatkala Iskandar meluahkan rasa hatinya, dia terpegun kehilangan kata.

‘Ika tak dapat terima abang.’ – SyafiqaNamun, Iskandar tetap mencuba. Kerana cinta, dia mahu sentiasa ada di sisi Syafiqa dalam susah dan juga senang. Demi cinta, dia sanggup menjadi apa saja untuk Syafiqa.

‘Macamana abang masuk?’ – Syafiqa

‘Abang kan Spiderman.’ - Iskandar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...