Showing posts with label Nieza Nahar. Show all posts
Showing posts with label Nieza Nahar. Show all posts

Sunday, 2 June 2013

Bolot ~ Nieza Nahar

Bolot
Pengarang: Nieza Nahar
Penerbit: Gua Novel.com
Muka Surat: 606
Harga Jual: RM 22.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan May 2013  

Sinopsis
" Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." (an-Anisa ayat 10)

" Aku tidak mahu menyimpan orang yang sudah mencemar nama baik kampung ni. Wirda, kamu perlu keluar dari kampung ini, selewat-lewatnya esok pagi. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka. Asalkan, kamu jangan balik-balik lagi ke kampung ni. Aku haramkan kamu menjejak kaki di sini lagi," perintah Tok Ketua.

Bagai dipanah halilintar, berat sekali hukuman dari Tok Ketua itu. Ke manakah Wirda mahu membawa dirinya, sedangkan dia sendiri tidak pernah keluar dari kampung dan daerah ini? Tok Imam, Dahlan dan Aminah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala mereka tanda protes dengan keputusan Tok Ketua Jabar yang dianggap mereka sebagai kejam. Namun, mereka tidak mampu melawan kerana majoriti nampak seperti berpuas hati dengan hukuman tersebut. Bagi mereka, tindakan yang dikenakan ke atas Wirda adalah seadil-adil hukuman ke atas kedegilannya. Biarkan dia sedar diri dan merasa hidup di perantauan.

Namun, ketidakadilan turut tersingkap jua. Mengapakah hanya Wirda yang dihukum? Bagaimana dengan Zaki? Wajarkah dia dibiarkan bebas begitu sahaja? Walhal, dia yang menceroboh masuk ke dalam rumah untuk menodai Wirda, lalu memerangkapnya. Tetapi, mata hati orang kampung, sudah dibutakan dengan fitnah Kassim dan Arpah. Puaslah hati kedua-dua manusia berhati iblis itu. Cita-cita untuk menyingkirkan Wirda dan merampas segala miliknya, sudah tercapai.

"Tak sangka, kan bang? Semudah itu sahaja, rancangan kita berjaya. Padan muka budak
Wirda tu," ujar Arpah, tersenyum sepuas-puasnya. "Sekarang semua hartanya menjadi milik kita."

Tuesday, 12 February 2013

Lukisan Asmara ~ Nieza Nahar

Lukisan Asmara
Pengarang: Nieza Nahar
Penerbit: Gua Novel.com
Muka Surat: 637
Harga Jual: RM 22.00
Status: Sold
Terbitan Januari 2013  

Sinopsis
“Tak baik macam tu, dik. tak baik berdendam. Apa lagi, kalau orang yang kita dendami itu adalah mama dan suami kita sendiri. Tak cium bu syurga, dik. Sebaiknya, Lyssa reda dengan apa yang berlaku ini. Anggap ini sebagai dugaan daripada Allah dan tentunya ada hikmah di sebalik segala-galanya,” nasihat Roziana.

“Reda kata Kak Rozi? Macam mana Lyssa boleh reda dengan nasib yang menimpa Lyssa ini, yang direka oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab itu. Mereka buat Lyssa ini macam barang dagangan yang boleh dijual beli, tanpa sedikit pun mempedulikan perasaan Lyssa. Dimanakah letaknya maruah mereka sebagai seorang manusia? Seorang manusia, yang kononnya menempa simpati daripada anak sendiri, padahal tunduk kepada permasalahan dirinya sendiri. Yang seorang lagi tu kononnya berjiwa halus, mahu membantu insan lain, namun mencari kesempatan untuk menjerat orang yang tidak dapat ditaklukinya dengan hartanya. Biarkan Tuan Fahreen tu rasa, betapa seksa jiwanya selepas ini. Lyssa hanya isterinya pada kertas, tetapi Lyssa tidak akan benarkan dia sentuh tubuh badan Lyssa ini, dan Lyssa tidak akan jadi isteri yang menghiasi kamar tidurnya. Biar dia rasa, sudah menjadi suami tetapi tidak memiliki isteri,” jerit Alyssa melepskan rasa marah yang terbuku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...