Bolot
Pengarang: Nieza Nahar
Penerbit: Gua Novel.com
Muka Surat: 606
Harga Jual: RM 22.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan May 2013
Sinopsis
" Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta
anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan sepenuh perutnya
dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)."
(an-Anisa ayat 10)" Aku tidak mahu menyimpan orang yang sudah mencemar nama baik kampung ni. Wirda, kamu perlu keluar dari kampung ini, selewat-lewatnya esok pagi. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka. Asalkan, kamu jangan balik-balik lagi ke kampung ni. Aku haramkan kamu menjejak kaki di sini lagi," perintah Tok Ketua.
Bagai dipanah halilintar, berat sekali hukuman dari Tok Ketua itu. Ke manakah Wirda mahu membawa dirinya, sedangkan dia sendiri tidak pernah keluar dari kampung dan daerah ini? Tok Imam, Dahlan dan Aminah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala mereka tanda protes dengan keputusan Tok Ketua Jabar yang dianggap mereka sebagai kejam. Namun, mereka tidak mampu melawan kerana majoriti nampak seperti berpuas hati dengan hukuman tersebut. Bagi mereka, tindakan yang dikenakan ke atas Wirda adalah seadil-adil hukuman ke atas kedegilannya. Biarkan dia sedar diri dan merasa hidup di perantauan.
Namun, ketidakadilan turut tersingkap jua. Mengapakah hanya Wirda yang dihukum? Bagaimana dengan Zaki? Wajarkah dia dibiarkan bebas begitu sahaja? Walhal, dia yang menceroboh masuk ke dalam rumah untuk menodai Wirda, lalu memerangkapnya. Tetapi, mata hati orang kampung, sudah dibutakan dengan fitnah Kassim dan Arpah. Puaslah hati kedua-dua manusia berhati iblis itu. Cita-cita untuk menyingkirkan Wirda dan merampas segala miliknya, sudah tercapai.
"Tak sangka, kan bang? Semudah itu sahaja, rancangan kita berjaya. Padan muka budak
Wirda tu," ujar Arpah, tersenyum sepuas-puasnya. "Sekarang semua hartanya menjadi milik kita."
No comments:
Post a Comment