Showing posts with label PTS. Show all posts
Showing posts with label PTS. Show all posts

Tuesday, 4 December 2012

Ahmad al-Kebab ~ Wan Azlan

Ahmad al-Kebab
Pengarang: Wan Azlan
Penerbit: PTS
Muka Surat: 233
Harga Jual: RM 16.00 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Amaran:
Blurb in perlu dibaca dengan hati yang sabar.

Kisahnya bermula apabila seorang lelaki kaya bernama Sheikh Majnun al-Jerunga mahu mengahwinkan tiga orang anak gadisnya. Sihuruhara, Sakurakura dan Mergastura. Namun Megastura menolak.

"Adakah sebabnya kerana Ahmad al-Kebab?" tanya pembaca.
"Sabar dahulu, cerita belum habis," kata editor.

Sheikh Majnun a-Jerunga membuat tender terbuka mencari calon suami yang sesuai untuk anak-anaknya. Setiap calon yang berminat dikehendaki menghantar borang tender bersama proposal projek-projek yang besar.

"Adakah Ahmad al-Kebab akan menghantar proposal?"
"Sabar dahulu. Cerita belum habis."

Pengerusi JKKK dengan anaknya yang bernama Murrahan sudah membuat proposal projek pembalakan, sementara Imam Masjid bersama anaknya Sifar membuat proposal projek mengorek pasir.

"Apa proposal Ahmad al-Kebab?"
"Sabar dahulu. Sabar."

Akhirnya Murrahan dan Sifar berjaya berkahwin dengan Sihuruhara dan Sakurakura.

"Mana cerita Ahmad al-Kebab? Mana? tanya pembaca.
"Hendak tahu bukan baca blurb, kena baca novel ini, barulah tahu. Ingat, sabar."

Tuesday, 27 November 2012

Madu 3 Suku ~ Wan Azlan

Madu 3 Suku
Pengarang: Wan Azlan
Penerbit: PTS
Muka Surat: 232
Harga Jual: RM 15.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan November 2012 

Sinopsis
Jangan naik angin apabila membaca blurb ini. Kisahnya bermula apabila Jamilkhan dapat kahwin kali kedua tanpa diduga. Begitu juga perkahwinan ketiga, dapatnya tidak disangka-sangka.

Ada yang memasang jerat papan berpaku. Ada yang dipakaikan masker bercampur dengan cecair pencuci tandas. Ada pula yang tertipu dengan ubat cula biawak komodo.

Si Jamilkhan pula sungguh gembira apabila mendapat satu hadiah di luar jangkaannya. Namun hadiah itulah yang membuatkan dia hampir putus nyawa!

Saturday, 22 September 2012

Chronicle Gincu: 4 Amigos ~ Anis Adlyana, Areeya Zahra, Farihah Iskandar, Norashikin Wahid

Chronicle Gincu: 4 Amigos
Pengarang: Anis Adlyana, Areeya Zahra, Farihah Iskandar, Norashikin Wahid
Penerbit: PTS
Muka Surat: 507
Harga Jual: RM 20 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Kisah perjalanan hidup empat sahabat, Najihah, Fara, Dhia dan Qistina. Masing-masing punya karakter yang unik.

Najihah membuat keputusan berdasarkan senarai pros dan kons. Dia wanita independent yang hidup gembira dan tenang dalam comfort zonenya. 

Farani Sufian atau lebih dikenali sebagai Fara adalah wanita perfectionist yang sering menafikan perasaan sendiri dan dapat bertukar watak secara tiba-tiba apabila berhadapan dengan masalah peribadi.

Dhia pula pereka hiasan dalaman yang bercita-cita tinggi. Namun, di sebalik sikap yakinnya itu, dia gadis naif dan setia tidak bertempat.

Qistina pula sentiasa menjaga penampilan tidak mengira tempat serta tersepit dengan kerjaya turun-temurun keluarganya.

Masing-masing punya cerita tersendiri.

Sunday, 29 July 2012

Kelab Gadis Ayu ~ Zaryl Amzari

Kelab Gadis Ayu
Pengarang: Zaryl Amzari
Penerbit: PTS
Muka Surat: 310
Harga Jual: RM 17 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Hai, nama saya Lili. Ini adalah kisah saya dan rakan-rakan. Saya mencari calon pasangan untuk ayah yang telah lama menduda. Namun... sukarnya, Tuhan sahaja yang tahu.
  • Calon pertama memang peramah dan ceria namun ayah pula pemalu.
  • Calon kedua terlalu emosi dan
  • Calon ketiga menipu kami!
    Saya serik!
Di kolej pula, saya ada dua orang rakan sebilik yang seperti langit dan bumi. Amy adalah si ratu drama yang mengaku bahawa dirinya adalah Jessica Alba versi Melayu. Amy meminati semua benda berwarna merah jambu. Namun saya juga tahu, Amy ada rahsia.
Suzana pula adalah seorang yang tegas dan tidak suka segala-gala yang Amy suka, termasuklah si Jessica Alba.

Kata Amy, "kami adalah ahli Kelab Gadis Ayu."
Komen Suzana, “jangan mengada-ngada.”
Balas Amy, “Kita memang mengada-ngada. Tetapi... kita LAWA!”

Thursday, 26 July 2012

Mr Cupcakes ~ Ilya Alias

Mr Cupcakes
Pengarang: Ilya Alias
Penerbit: PTS
Muka Surat: 228
Harga Jual: RM 13 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Nama saya Eddie. 
Saya berumur dua puluh tiga tahun. Saya seorang yang kacak, bercita-cita tinggi, lulusan IPT dalam bidang kejuruteraan namun masih keliru dalam memilih kerjaya.

Saya mahu melakukan pekerjaan dil luar bidang pengajian memandangkan peluang mendapat pekerjaan mengikut kelulusan amat terhad kini. Namun, apa?

Hah! Minggu lalu saya terlihat kanak-kanak makan kek cawan dengan riangnya. Kek cawan itu nampak menarik dan sedap. Bagaimana sekiranya saya belajar membuat kek cawan dan beralih bidang kepada bidang pembuatan kek cawan pula? Menarik, bukan! 
Ayuh, baca kisah saya sebagai Mr Cupcakes!

Wednesday, 25 July 2012

Prince Charming: Siapa Awak? ~ Lily Haslina Nasir

Prince Charming: Siapa Awak?
Pengarang: Lily Haslina Nasir
Penerbit: PTS
Muka Surat: 355
Harga Jual: RM 16 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Bukan mudah mencari pasangan merangkap teman sejiwa! Kata orang putih soulmate. Kadang-kadang, hati ini seperti suka, tetapi pihak di sana pula serba tidak kena! Ada waktu, terasa bagai serasi, tetapi itu hanya rasa di hati. 

Alia menyanjungi bapanya, Tuan Azizul. Tuan Azizul adalah lelaki yang punya pakej sempurna. Bagi Alia, bapanya adalah contoh prince charming. Hanya bapanya dan Rasulullah menjadi lelaki pujaan Alia.

Nenek sudah berleter, emak kerap mengeluh, dan saudara sekeliling mula bertanya, di mana jejaka serasi jiwanya. Kata mereka, Alia sudah ada jawatan hebat, sudah tamat belajar, dan perlu mencari prince charming.

Hidup menjadi kucar-kacir apabila pencarian prince charming bermula. Bagaimana ciri-ciri prince charming yang diidamkan? Alia pening! Rupa-rupanya payah mahu mencari prince charming. 

Friday, 13 July 2012

Awak Semanis Red Velvet ~ Lily Haslina Nasir

Awak Semanis Red Velvet
Pengarang: Lily Haslina Nasir
Penerbit: PTS
Muka Surat: 353
Harga Jual: RM 16 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Izzul Iskandar, jejaka yang serba tahu dan mahir membuat pelbagai jenis kek. Dia dipertemukan dengan Aireen, perancang perkahwinan yang cerewet.

Bekerjasama dengan Aireen bagi menyediakan tempahan pelanggan membuatkan kepala Izzul Iskandar pusing.

Kerjasama yang terjalin antara mereka penuh cabaran! Namun tanpa mereka sedari, cabaran itu yang menyatukan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...