Showing posts with label Alaf21. Show all posts
Showing posts with label Alaf21. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

Rindu Awak 200% ~ Liyana Zahim

Rindu Awak 200%
Pengarang: Liyana Zahim
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 608
Harga Jual: RM 15.00 (excluding postage)
Status: Sold
Terbitan Ogos 2013  

Sinopsis
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Tuesday, 17 June 2014

Awek Abang Poyo ~ Ummu Wafa

Awek Abang Poyo
Pengarang: Ummu Wafa
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 576
Harga Jual: RM 15.00 exclude postage
Status: Available
Terbitan Dec 2013  

Sinopsis
Kasdina Alya - Seorang gadis cun, cekal dan bersemangat waja. Bersendirian mengharungi suka-duka kehidupan di kota London. 

Anas Irfan - Jejaka handsome yang poyo giler. Buat part-time di tempat yang sama dengan tempat Kasdina bekerja. Walaupun munculnya cuma dua hari dalam seminggu, namun kewujudannya sudah cukup membuatkan Kasdina sesak nafas dan huru-hara. 

Suatu hari, Anas menyelamatkan Kasdina daripada dilanggar kereta. Pertolongan tersebut diwartanya sebagai hutang, dan Kasdina perlu membayar dengan dipaksa menyamar menjadi kekasihnya. Tujuannya adalah untuk ditunjukkan pada ibu bapanya yang sedang bercuti di UK, yang dia ada awek lawa yang boleh dijadikan menantu.

Takdir berlaku tidak seperti yang dirancang. Ibu bapa Anas terus tertarik dengan Kasdina sebaik saja mereka melihat keperibadiannya. Masalah sedia ada bertambah rumit, bila mama Anas menyarungkan cincin bertunang ke jari manis Kasdina. Tidak semena-mena, dia telah menjadi tunang brader poyo itu dalam sekelip mata. Kacau, memang jiwanya bertambah kacau. Hatinya bertambah sakit bila mat poyo tu selamba saja setuju dengan pertunangan ‘mee segera’ itu. 

Friday, 9 August 2013

Cintaku Bukan Murah ~ Aleya Aneesa

Cintaku Bukan Murah
Pengarang: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 620
Harga Jual: RM 24.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Jun 2013  

Sinopsis
Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah...

Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati.

Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya!


Thursday, 4 July 2013

Kau Marah Aku Suka ~ Fatin Nabila

Kau Marah Aku Suka
Pengarang: Fatin Nabila
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 659
Harga Jual: RM 24.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Jun 2013  

Sinopsis
Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hatin. Bencinya Dian pada ‘Encik Beruang’ yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus.
Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia suka. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps… mana boleh? ‘Cik Singa’ ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut.
Sebenarnya, dalam diam Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat.
“Abang ni kiranya macam TNB, ya?”
“TNB di hati Dian Qarmila.”

Thursday, 13 June 2013

Aku Cantik? ~ Raihan Zaffya

Aku Cantik?
Pengarang: Raihan Zaffya
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 509
Harga Jual: RM 20.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan April 2013  

Sinopsis
Rima seorang gadis lurus yang tidak percaya cinta dan tidak sedar dirinya cantik. Sedangkan Juki dan Sulaiman dapat melihat apa yang tersembunyi, yang Rima tidak sedari. Terkunci hati Rima untuk mencintai dan dicintai. Baginya tiada istilah cinta dan mesti memerangi cinta.

Juki - “Bila aku dah habis belajar dan dah dapat kerja nanti, aku pinang engkau ya. Aku tak main-main. Sungguh-sungguh ni.”

Rima - “Kak ngah! Cuba terangkan pada Juki ni, kita dengan Juki saudara kan? Mana boleh nak pinang-pinang pulak! Lagi pun kalau adik nak kahwin nanti bukan dengan Juki!”

Sulaiman - “Rima... dengar sini... abang cintakan awak. Benar-benar cinta. Tak pernah abang ada perasaan macam ni pada mana-mana perempuan sebelum ini. I love you!”

Rima - “Maafkan saya... saya pergi dulu. Ada kelas.” Rima tidak tahan hati. Dia mesti cepat-cepat pergi. Jika lebih lama dia di situ akan goyah hatinya.

Ketika Sulaiman hadir untuk mengintai-intai ruang di hatinya, Rima mulai tertanya-tanya itukah cinta? Juki yang membesar bersama Rima tetap bersabar menanti jawapan sejak 9 tahun yang lalu. Dia terlalu memahami.

Rima keliru. Apa perlunya cinta jika harus mengorbankan perasaan? Mestikah dia meneruskan keinginan hati atau perlu berundur diri? Gugur air mata Rima ketika berada di dua persimpangan. Haruskah dia memilih satu di antara dua atau melepaskan kedua-duanya sekali?

Friday, 7 June 2013

Kata Tak Rindu ~ Siti Nur Dhuha

Kata Tak Rindu
Pengarang: Siti Nur Dhuha
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 735
Harga Jual: RM 26.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Mar 2013  

Sinopsis
Kerana kecewa kekasih hati ber­kahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas ke­kasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat per­janjian tanpa berjumpa ter­lebih dahulu dengan bakal suami.

Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.

Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA
“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
– AEZWAN

Wednesday, 24 April 2013

Kopi Ladyku ~ Ainul Hazrah

Kopi Ladyku
Pengarang: Ainul Hazrah
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 609
Harga Jual: RM 23.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal di rumah setinggan. Dia punya cita-cita tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga, namun demi adik-adik dia terpaksa melupakan niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Baidura dan adiknya, Izhar telah menawarkan pekerjaan sebagai kopi ‘lady’ di pejabat mereka kepada Arisa dan membawa gadis itu tinggal bersama mereka. Sebagai anak kampung yang polos dan lurus, semuanya begitu asing buat Arisa. Banyak suka duka yang berlaku di dalam era baru kehidupannya.

Akhirnya, kehadiran Arisa di dalam keluarga itu menjadi buah mulut saudara-mara. Demi menutup mulut tempayan yang sentiasa terbuka itu, Izhar telah bersetuju untuk mengahwini Arisa. Arisa pula bersetuju untuk berkahwin dengan Izhar kerana Izhar telah berjanji untuk membiayai pelajarannya ke menara gading.

Walaupun bukan kerana orang ketiga, pasangan yang baru mengenal bahagia itu dilanda badai juga. Kapal mereka terumbang-ambing di lautan tanpa haluan. Mereka ingin mencari arah, tapi seakan tenggelam punca. Kini, mereka hanya mampu bertahan selagi terdaya.

“Betul Iz nak kahwin dengan Icha? Dia tu bukan betul sangat, rempang-rempang bahasa. Wayar berselirat, tak putus saja lagi.” - Muiz -

“Wayar dia cuma berselirat, belum putus lagi. Bila dah kahwin nanti, saya akan susun balik wayar tu elok-elok dan takkan biarkan dia putus, Insya-ALLAH!” - Adib Izhar-

Sunday, 7 April 2013

Abah, Adik Nak Kahwin! ~ Aireen Erina

Abah, Adik Nak Kahwin!
Pengarang: Aireen Erina
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 579
Harga Jual: RM 21.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana, anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita?

Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang ‘angin kus-kus’ sering timbulkan sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi…

Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tak lut dengan godaan palsu.

Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu jadi intan payung di hati suaminya seorang.

Thursday, 14 March 2013

Hati Kita Satu ~ Rania Firdaus

Hati Kita Satu
Pengarang: Rania Firdaus
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 506
Harga Jual: RM 19.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Sara - Dia menjadi seorang gadis yang berhati beku apabila berhadapan dengan lelaki. Baginya, kaum itu sukar untuk dipercayai. Dia nekad hendak belajar hidup tanpa bantuan insan bergelar lelaki.

Luthfi - Dia lelaki yang tidak mahu tertipu dek kebekuan hati Sara. Gadis itulah pilihan hatinya sedari dahulu. Tidak kira seteruk mana pun layanan Sara, dia terima. Namun, dia hanya berani memuja dari jauh. Bukan kerana dia tidak yakin, tetapi dia berpegang pada prinsip... jika benar Sara jodohnya, pasti tidak akan ke mana.

Kuz Kusyairi - Dia telah banyak menghadapi kehilangan dalam hidup. Selepas Misya pergi, dia nekad enggan tunduk pada perasaannya lagi. Sangkanya, dia memang tidak layak untuk sesiapa. Namun, siapa dia ingin melawan percaturan takdir. Tekadnya goyah tatkala terjumpa dengan Sara. Meski dia cuba menolak, perasaan itu hadir juga.

“Bahagia tu bukannya bergantung pada lama mana kita kenal, tapi pada sejauh mana kita kenal satu sama lain.”

Tuesday, 26 February 2013

Cantik Sehijau Epal ~ Intan Arnida

Cantik Sehijau Epal
Pengarang: Intan Arnida
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 610
Harga Jual: RM 23.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
‘Ujian Saringan Pilih Menantu’ dijalankan untuk mencari bakal isteri buat Firouz Iman Syah, pewaris tunggal harta pusaka Datuk Zakir. Empat orang gadis sudah bersetuju untuk menjalani ujian itu yang diadili oleh Puan Meisa.

Lidya Ariana – gadis miskin, bercita-cita mahu merealisasikan impiannya untuk mengahwini Firouz. Kerana itu, dia menyamar sebagai seorang gadis kaya agar setaraf dengan lelaki pujaannya itu.

Dewi Jelita – gadis ‘gedik’ juga sepupu Firouz yang pernah ditangkap berkhalwat cuba memikat lelaki itu agar diperisterikan untuk menutup malu. Dia bertindak agresif untuk menyingkirkan pesaing-pesaingnya dengan cara kotor hingga sanggup membunuh!

Rania Arina – hanya mengenali Firouz ‘gitu-gitu’sahaja. Namun, lelaki itu ada hati terhadapnya. Firouz menjeratnya untuk memasuki ujian saringan itu yang sememangnya tidak pernah diketahuinya.

Bidadari – punya sejarah duka dalam keluarga Puan Meisa. Sengaja memboloskan diri dalam ujian saringan itu untuk membongkar suatu rahsia peribadi ayah kepada Dewi Jelita.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku membuatkan Firouz pening kepala untuk mencari calon isteri yang sesuai. Namun, ada kejutan tidak disangka telah membungakan hatinya. Itulah sebenarnya yang dicari-cari selama ini.

Friday, 8 February 2013

Sehangat Asmara ~ Aisya Sofea

Sehangat Asmara
Pengarang: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 543
Harga Jual: RM 18.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Adaptasi Drama ~ Adi Putra & Rita Rudaini
Setiap Isnin - Rabu (Mustika HD)

Sinopsis
Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Wednesday, 23 January 2013

Cinta Untuk Disewa ~ Lynn Dayana

Cinta Untuk Disewa
Pengarang: Lynn Dayana
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 581
Harga Jual: RM 21.00
Status: Sold
Terbitan Februari 2013

Sinopsis
Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal.

Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah!

Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta.

Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!

Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun, janji ALLAH... manusia diciptakan berpasang-pasangan. Jangan sesekali mudah mengalah

Wednesday, 16 January 2013

Setia Hujung Nyawa ~ Fatin Nabila

Setia Hujung Nyawa
Pengarang: Fatin Nabila
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 469
Harga Jual: RM 18.00 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Friday, 28 December 2012

Dia Tak Tanya! ~ Aleya Aneesa

Dia Tak Tanya!
Pengarang: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 657
Harga Jual: RM 24.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Januari 2013

Sinopsis
ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang la
in hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah ‘try and error’. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”

Saturday, 1 December 2012

Amir Minah Macho ~ Ummu Wafa

Amir Minah Macho
Pengarang: Ummu Wafa
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 468
Harga Jual: RM 18.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Disember 2012 

Sinopsis
SUATU hari, kereta katak Ariel rosak di tengah jalan. Seorang mekanik datang untuk membantu. Mekanik ni nampak lain daripada yang lain. Bersarung tangan, berkulit cantik dan bertopi baseball. Tiba-tiba Ariel rasa suka pada mekanik ni. Eh, takkan aku boleh suka kaum sejenis pulak?! Mula-mula bertentang mata dengan tuan punya kereta katak ni…

Amir terpegun. Handsome gila! Aduh, boleh angau aku dibuatnya. Alamak, macam mana nak cakap dengan dia ni? Alah… terpaksalah dia berlakon jadi orang bisu.


Sejak itu, Ariel sering berkunjung ke bengkel kereta tempat Amir bekerja. Niatnya ikhlas… dia ingin bersahabat dengan Amir. Dia dapat rasakan Amir ni seorang yang pelik, tapi baik hati. Namun, Amir mula rasa bersalah. Sampai bila dia harus berlagak seperti orang bisu? Sudahlah bahasa isyaratnya main taram saja. Dia cuba nak jauhkan diri, tapi Ariel pula makin hampir. Eeii… mamat ni tak faham ke buat-buat tak faham? Mana boleh mekanik selalu berada di samping CEO? Nanti dipandang serong pula. Ah, lantaklah… ada aku kisah?

Thursday, 29 November 2012

Asam Pedas Untuk Dia ~ Nureen Mirza

Asam Pedas Untuk Dia
Pengarang: Nureen Mirza
Penerbit: Alaf21
Muka Surat:517
Harga Jual: RM 19.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Disember 2012 

Sinopsis
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian.

Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku.

Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Sunday, 4 November 2012

Oh, Mama Tiriku! ~ Herna Diana

Oh, Mama Tiriku!
Pengarang: Herna Diana
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 501
Harga Jual: RM 19 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Oktober 2012
 
Sinopsis
DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.


Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.

Tuesday, 30 October 2012

Adam & Hawa ~ Aisya Sofea (NEW)


Adam & Hawa (NEW)
Pengarang: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 512
Harga Jual: RM 19.90
Status: Sold

Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.


Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Friday, 19 October 2012

Sayang Si Lanun ~ Erin Zehana

Sayang Si Lanun
Pengarang: Erin Zehana
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 498
Harga Jual: RM 15 (termasuk pos)
Status: Sold
 
Sinopsis
WAFIYA WAFA - Dia tidak mahu mewarisi harta peninggalan Haji Wahid. Dia tidak betah menghadap air laut walaupun di situlah tempatnya dibesarkan. Hatinya lebih gembira menatap lukisan kaku berbanding air masin. Tapi impiannya musnah apabila terpaksa menunaikan wasiat abahnya untuk menguruskan Sun Beach Resort. Paksaan yang menemukan dia dengan Lanun Pulau Sibu, Ghazi Faiq. Si lanun itu tidak akan dapat mengaburi matanya untuk menjual tanah Sun Beach Resort. Itu tekadnya.

GHAZI FAIQ - Dia akan pastikan jiran sebelah itu menjual tanahnya. Dia akan lakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan tanah Sun Beach Resort. Dia tidak akan mengalah pada gadis kepala batu seperti Wafiya Wafa. Gadis itu pasti akan tunduk dengan pujuk rayu dan ayat manisnya. Tanah itu akan menjadi milik Hotel Diamond. Itu azamnya.

Pulau Sibu menjadi huru-hara gara-gara Wafiya dan Ghazi. Tanpa diduga, perasaan kasih mula hadir dalam diri masing-masing. Namun, banyak halangan yang menyekat perasaan kasih itu daripada berkembang. Berjayakah si lanun memecahkan tembok halangan itu agar dia dapat bersatu dengan puteri hatinya?

Sunday, 30 September 2012

Gaduh-gaduh Sayang ~ Immaz Huda

Gaduh-gaduh Sayang 
Pengarang: Immaz Huda
Penerbit: Alaf21
Muka Surat:601
Harga Jual: RM 22 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan September 2012
 
Sinopsis
“Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata. Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak jadi nak kahwin dengan aku.” Syazana memasang tekad.

“Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walau aku masih teringatkan Qistina. Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome. Apa kata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala.” Rafi qi merancang. Kalau sudah jodoh, akhirnya kahwin juga.


Selepas kahwin, Rafi qi duduk sebelah rumah Syazana. Tidak mahu jatuh cinta kononnya. Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafi qi. Menonton televisyen sama-sama, main game PS sama-sama, makan sama-sama... Tapi ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh. Sudah gaduh, baik semula. Sudah baik, bergaduh semula.


Hai... entah sampai bilalah hubungan mereka bertahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...