Showing posts with label Sarnia Yahya. Show all posts
Showing posts with label Sarnia Yahya. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Dekat Pada Mu ~ Sarnia Yahya

Dekat Pada Mu
Pengarang: Sarnia Yahya
Penerbit: LoveNovel Publication
Muka Surat: 517
Harga Jual: RM 20.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Perkahwinan yang pincang, mungkinkah mampu dipulihkan kembali?

Rasa cinta yang terlewat hadir, haruskah dilepaskan pergi?

Bagi Iskandar, perkahwinannya bersama Tini adalah satu kesilapan dan masalah rumahtanggannya sering diluahkan pada Syafiqa, arkitek serta sahabat baik adiknya. Lama kelamaan perasaannya jadi berbeza dan dia cuba luahkan rasa hati melalui gurau senda.

‘Nanti Ika akan jadi isteri bongsu abang’ – IskandarBagi Syafiqa, dia membantu apa yang patut. Iskandar sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saat rumahtangga Iskandar terpaksa dileraikan, dia turut merasa kecewa. Lantaran itu, tatkala Iskandar meluahkan rasa hatinya, dia terpegun kehilangan kata.

‘Ika tak dapat terima abang.’ – SyafiqaNamun, Iskandar tetap mencuba. Kerana cinta, dia mahu sentiasa ada di sisi Syafiqa dalam susah dan juga senang. Demi cinta, dia sanggup menjadi apa saja untuk Syafiqa.

‘Macamana abang masuk?’ – Syafiqa

‘Abang kan Spiderman.’ - Iskandar

Saturday, 16 March 2013

Sedetik Asmara ~ Sarnia Yahya

Sedetik Asmara
Pengarang: Sarnia Yahya
Penerbit: Fajar Pakeer
Muka Surat: 654
Harga Jual: RM 22.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
Kegagalan tidak bermakna hidupnya berakhir.



Perkahwinan yang berlandaskan janji itu tidak dapat dipertahankan meskipun hati Reza dan Amylia mula berputik kasih. Mereka terpaksa akur dengan janji yang telah dipersetujui. Amylia tidak mahu dicop sebagai perampas biarpun perkara itulah yang ingin dia lakukan. Dia cuba membina kehidupan barunya di sebuah daerah asing untuk memadam segala rasa yang telah melukai hatinya. Cuba dipahat bahawa Allah sentiasa ada bersamanya. Tidak mahu terlalu obses dengan cinta yang sia-sia. Biarlah jodoh datang sendiri dan bukan dia yang mencari. Dan benarkah jodoh itu berada di hadapan matanya...?



Mazeed, seorang lelaki yang dikagumi. Seorang ketua yang amat disenangi. Namun tiada rasa untuk lelaki yang akhirnya rapat dengannya.



“Ibu saya ada telefon awak?”

“Ya. Pagi tadi. Dia ajak saya bermalam di rumah encik sebab encik dan ayah encik nak ke Bota.”

“Ya. Boleh ke?”

“Encik Mazeed benarkan ke?”



Amylia pula tidak menyangka, kebaikan Puan Khalida, ibu Mazeed, ada maknanya. Keikhlasan wanita itu membuat dia kerap rindu akan ibunya yang tidak dapat bertemu muka setelah berpisah dengan ayahnya bertahun-tahun lamanya. Tidak disangka yang wanita itu punya misinya sendiri. Berjayakah misi Puan Khalida untuk menyatukan Mazeed dan Amylia? Duda sama janda, apa salah jatuh cinta? Sedetik asmara... sehingga ke syurgakah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...