Showing posts with label Fauziah Ashari. Show all posts
Showing posts with label Fauziah Ashari. Show all posts

Wednesday, 22 February 2012

Rindu Cintaku ~ Fauziah Ashari

Rindu Cintaku
Pengarang: Fauziah Ashari
Penerbit: Intens Idea International
Muka Surat: 634
Harga Asal: RM 23.90
Cetakan 1, 2012
Status: Sold

Sinopsis
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoanya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau ...nyawa?

Cinta... Tiada Akhirnya ~ Fauziah Ashari

Cinta... Tiada Akhirnya
Pengarang: Fauziah Ashari
Penerbit: Intens Idea International
Muka Surat: 570
Harga Asal: RM 22.90
Cetakan 1, 2012
Status: Sold


Sinopsis
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di 'Ombak Rindu' dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta...Tiada Akhirnya'.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah...CINTA...TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati. Disulami detik cemas yang pasti mencorak minda, mendebarkan jiwa, CINTA...TIADA AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

Monday, 2 January 2012

Ombak Rindu ~ Fauziah Ashari

Ombak Rindu
Pengarang: Fauziah Ashari
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 564
Harga : RM 18
Status: Sold

Sinopsis:
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...