Showing posts with label Liana Afiera Malik. Show all posts
Showing posts with label Liana Afiera Malik. Show all posts
Friday, 13 April 2012
Tuesday, 10 April 2012
Trilogi 2: 1, 2, 3.. I Love You! ~ Liana Afiera Malik
Trilogi 2: 1, 2, 3.. I Love You!
(Siri Yoyo 4-6 )
Pengarang: Liana Afiera Malik
Penerbit: CESB
Muka Surat: 530
Harga: RM 24
Status: SoldSinopsis:
O La! La! Onk!, 1, 2, 3.. I Love You!, Rindu? Pleaseee.. - 3 cerita di dalam Trilogi 2
"Kuz, please tell me...what shall I say?"
"Just say that you love me, please!"
"How?"
"Follow me... I bilang 1, 2, 3.. and then you cakap, I love you. Boleh?"
"Hmmm.."
"1, 2, 3..'
' I love you!"
"Again please!"
" I love you!"
Trilogi 3: Jealous La Pulak! ~ Liana Afiera Malik
Trilogi 3: Jealous La Pulak!
(Siri Yoyo 7-9)
Pengarang: Liana Afiera Malik
Penerbit: CESB
Muka Surat: 557
Harga: RM 24
Status: SoldSinopsis:
Jealous La Pulak!, He..he.. Tak Sangka, Kan?, Yo! Kaulah Mahkota Hatiku! - 3 cerita di dalam Trilogi 3
Kenapa Kuzer tinggalkan aku begitu aja? Salahkah apa yang aku cakap? Kenapalah dia tak faham isi hati aku? Semua orang dah tak sehaluan dengan aku? Dia orang semua buruk sangka dengan aku. Tuduh aku tak setia. Tuduh aku tak reti menghargai perasaan orang lain. Aku bosan! Aku cuma nak Nudin berasa dihargai, itu aja! Aku pernah terhutang nyawa dengannya. So, dia dah terlantar macam tu, salah aku hiburkan hati dia?
Kenapa Kuzer tinggalkan aku begitu aja? Salahkah apa yang aku cakap? Kenapalah dia tak faham isi hati aku? Semua orang dah tak sehaluan dengan aku? Dia orang semua buruk sangka dengan aku. Tuduh aku tak setia. Tuduh aku tak reti menghargai perasaan orang lain. Aku bosan! Aku cuma nak Nudin berasa dihargai, itu aja! Aku pernah terhutang nyawa dengannya. So, dia dah terlantar macam tu, salah aku hiburkan hati dia?
Monday, 20 February 2012
Dan… Mimpi Pun Berguguran ~ Liana Afiera Malik

Dan… Mimpi Pun Berguguran
Pengarang: Liana Afiera Malik
Penerbit: CESB
Muka Surat: 553
Harga: RM 22
Status: Sold
Sinopsis:
Sinopsis:
Dia buta hukum. Icha hidup terumbang-ambing tanpa pedoman. Dirinya ibarat layang-layang putus tali. Terbang melayang mengikut arah tiupan angin.Pertemuannya dengan Saiful Badar merubah segalanya. Dia dihamburkan dengan kasih sayang. Namun keindahan itu hanya sekelip mata. Ibarat hujan panas!
Wednesday, 1 February 2012
Sakitnya Rindu Ni… ~ Liana Afiera Malik
Sakitnya Rindu Ni…
Pengarang: Liana Afiera Malik
Penerbit: Rumah Karya Liana Afiera Malik
Muka Surat: 209
Harga: RM 15
Pengarang: Liana Afiera Malik
Penerbit: Rumah Karya Liana Afiera Malik
Muka Surat: 209
Harga: RM 15
Status: Sold
Sinopsis:
Sinopsis:
Dulu bila orang angau menanggung rindu aku selalu gelakkan. Tapi sekarang aku sendiri yang kena. Aku mengaku, memang sakit menanggung rindu! Entah ke mana dia menghilang? Tanpa kesan, tanpa jejak. Macam kabus aja! Parah betul. Tapi sampai bila nak tunggu? Aku pun ada tanggungjawab pada keluarga. Aku perlu kuat! Aku perlu tabah! It’s not the end of my world!
Tuesday, 3 January 2012
Dia Di Hatiku ~ Liana Afiera Malik
Dia Di Hatiku
Pengarang: Liana Afiera Malik
Penerbit: CESB
Muka Surat: 758
Harga: RM 28
Status: Sold
Sinopsis:
Cinta itu pernah hilang dari hidupnya. Pernah terlepas dari dakapan kasihnya. Namun tidak dari hati dan perasaannya. Kembali ke pangkuan kekasih hati, dia leka mengulit bahagia. Dia terlena dalam pelukan asmara hingga melupakan kasih sayang insan kedua. Dan membiarkan permata hatinya terus tertanya-tanya...menimbulkan riak-riak curiga antara mereka...
Janji Assila ~ Liana Afiera Malik
Janji Assila
Pengarang: Liana Afiera Malik
Penerbit: CESB
Muka Surat: 510
Harga: RM 22
Status: SoldSinopsis:
Kita terlalu ingin menjaga hati insan-insan yang kita sayangi sehingga melupakan kebahagiaan diri sendiri...Bertahun lamanya aku bina benteng kesabaran ini. Mengharap dan berdoa semoga dirimua berubah. Namun kiranya..benteng kesabaran ku rebah dan pecah jua akhirnya. Lalu berdosakah aku mengkhianati seorang suami kerana apa yang ditinggalkan hanyalah parut-parut luka yang dalam...
Kompilasi Memori ~ Liana Afiera Malik
Kompilasi Memori
Pengarang: Liana Afiera Malik
Penerbit: CESB
Muka Surat: 149
Harga: RM 18
Status: SoldSinopsis:
Memori, Kasih Antara Musim & Ingin Kusandarkan Harapan - 3 cerita di dalam Kompilasi Memori
Erma tenggelam di dalam memori. Terbuai di dalam mega biru ciptaannya. Dia membiaskan wajah Daniel, sekali gus membunuh cintanya terhadap Zaki. Dia meninggalkan Shamsul kerana Tina lebih berhak. Dia terus bersama memori, memintal awan biru dan Daniel tetap kekasih dan suaminya yang terbaik walaupun lelaki itu telah tiada.
Assyida ~ Liana Afiera Malik
Assyida
Pengarang: Liana Afiera Malik
Penerbit: CESB
Muka Surat: 274
Harga: RM 11
Status: Sold
Kerana satu pengorbanan, dirinya terpaksa menjeruk rasa,. Dia berada di persimpangan antara wasiat, cita-cita dan mahligai bahagia yang diimpikannya. Pengorbanan suci itu menyiksakan hingga dia mula sangsi apakah mungkin wasiat itu mampu ditunaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

