Showing posts with label Wan Azlan. Show all posts
Showing posts with label Wan Azlan. Show all posts

Tuesday, 4 December 2012

Ahmad al-Kebab ~ Wan Azlan

Ahmad al-Kebab
Pengarang: Wan Azlan
Penerbit: PTS
Muka Surat: 233
Harga Jual: RM 16.00 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Amaran:
Blurb in perlu dibaca dengan hati yang sabar.

Kisahnya bermula apabila seorang lelaki kaya bernama Sheikh Majnun al-Jerunga mahu mengahwinkan tiga orang anak gadisnya. Sihuruhara, Sakurakura dan Mergastura. Namun Megastura menolak.

"Adakah sebabnya kerana Ahmad al-Kebab?" tanya pembaca.
"Sabar dahulu, cerita belum habis," kata editor.

Sheikh Majnun a-Jerunga membuat tender terbuka mencari calon suami yang sesuai untuk anak-anaknya. Setiap calon yang berminat dikehendaki menghantar borang tender bersama proposal projek-projek yang besar.

"Adakah Ahmad al-Kebab akan menghantar proposal?"
"Sabar dahulu. Cerita belum habis."

Pengerusi JKKK dengan anaknya yang bernama Murrahan sudah membuat proposal projek pembalakan, sementara Imam Masjid bersama anaknya Sifar membuat proposal projek mengorek pasir.

"Apa proposal Ahmad al-Kebab?"
"Sabar dahulu. Sabar."

Akhirnya Murrahan dan Sifar berjaya berkahwin dengan Sihuruhara dan Sakurakura.

"Mana cerita Ahmad al-Kebab? Mana? tanya pembaca.
"Hendak tahu bukan baca blurb, kena baca novel ini, barulah tahu. Ingat, sabar."

Tuesday, 27 November 2012

Madu 3 Suku ~ Wan Azlan

Madu 3 Suku
Pengarang: Wan Azlan
Penerbit: PTS
Muka Surat: 232
Harga Jual: RM 15.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan November 2012 

Sinopsis
Jangan naik angin apabila membaca blurb ini. Kisahnya bermula apabila Jamilkhan dapat kahwin kali kedua tanpa diduga. Begitu juga perkahwinan ketiga, dapatnya tidak disangka-sangka.

Ada yang memasang jerat papan berpaku. Ada yang dipakaikan masker bercampur dengan cecair pencuci tandas. Ada pula yang tertipu dengan ubat cula biawak komodo.

Si Jamilkhan pula sungguh gembira apabila mendapat satu hadiah di luar jangkaannya. Namun hadiah itulah yang membuatkan dia hampir putus nyawa!

Saturday, 21 January 2012

Gelak Tergolek ~ Wan Azlan

Gelak Tergolek
Pengarang: Wan Azlan
Penerbit: Kaki Novel
Muka Surat: 396
Harga: RM 16

Status: Sold 

Sinopsis:
“Hai Abdul Rahman bin Ramli, aku nikah dan aku kahwinkan akan dikau dengan Siti Maimun binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh ringgit tunai.”
Dalam keadaan gelabah itu Rahman cuba menjawab, “errr… hmmm…sa…. sahaja aku… mandi ha…”
“Hait! Jangan nak mengarut. Kamu nak kahwin bukan nak mandi hadas!” Dengan cepat tok kadi memotong.

Gelak Tergolek memaparkan kisah mamat sengal bernama Rahman yang menyulam cintanya dengan kekasih hati, Maimun.

Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dilaluinya sebelum berjaya mendirikan rumah tangganya dengan Maimun.
Setelah berumah tangga, bermacam-macam hal pula yang harus dihadapinya.

Bacalah kisah ini untuk mengetahui bagaimana Rahman menangani bapa mertuanya; Pak Brahim, adik iparnya; Imi, si cilik yang keletah lagi pintar dan penduduk kampong.
Pasti anda akan gelak tergolek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...