Cinta Sambal Belacan
Pengarang: Junie Octovian
Penerbit: Buku Prima
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 545
Harga Jual: RM 21.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013
Terbitan Februari 2013
Sinopsis
Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?“Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia.” - Puan Adila
Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu? - Tengku Azri
Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana? - Lily Athira
No comments:
Post a Comment