Friday, 14 September 2012

Valentina Nervosa ~ Nurul Syahida


Valentina Nervosa
Pengarang: Nurul Syahida
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 517
Harga Jual: RM 18 (termasuk pos)
Status: Available

Sinopsis:
Mariyyah tidak meminta banyak. Dia cuma mahu meluaskan perniagaannya dan mengahwini teman lelakinya Din yang telah bersama dengannya selama tujuh tahun. Namun apabila Din meminta mereka berpisah pada Hari Valentine, Mariyyah menyedari banyak yang perlu dia mulakan kembali. Sendirian menghadapi fobianya dengan Hari Memperingati Kekasih, dia harus menyelesaikan masalah temannya Faizah yang putus hati, Abang Aziz yang putus tunang dan Amer yang putus harapan. Menambahkan pening kepalanya, dia juga berdepan dengan pengkhianatan kawan baiknya Soraya dan pekerjanya Razif yang sukar difahami apatah lagi dikawal. Dengan semua kegilaan dalam hidupnya, dia tidak pasti sama ada dia putus cinta, jatuh cinta lagi atau hanya mahu bersendiri?

"Abang tanya saya okey atau tidak? Saya dah berumur 27 tahun, saya masih 'single', bekas teman lelaki saya nakkan saya balik tapi saya dah tak ada hati dengan dia, lelaki yang saya suka pulak balik kampung dan tak jawab panggilan saya sampai sekarang, kawan baik saya khianati saya dengan abang kepada lelaki yang saya paling tidak suka dan saya 'stuck' di sini abang, membuat kerja yang sia-sia jumpa seorang jutawan yang tak nak kahwin dengan wanita sebaya dengan diri sendiri!" - Mariyyah

"Well', kalau nak main 'jigsaw puzzle', biasanya kita tak jumpa piece yang sesuai. Kena 'try' banyak kepingan untuk 'piece' dan sesuaikan dengan yang dah siap, kan?"

"Point being?"

"Hubungan pun macam tu, Maya." - Amer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...