Thursday, 10 January 2013

Ku Ingin Milikimu, Kerana Sekali Cinta, Untuk Dia & Subhanallah, Aku Mencintainya ~ Rehan Makhtar

Ku Ingin Milikimu, Kerana Sekali Cinta, Untuk Dia & Subhanallah, Aku Mencintainya
Pengarang: Rehan Makhtar
Penerbit: Galeri Ilmu
Muka Surat: ***
Harga Jual: RM 55.00 (1 set)
 Status: Sold
Terbitan Januari 2013  

Sinopsis
MINI NOVEL KU INGIN MILIKIMU
 “Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku dan akan ku katakan padamu, aku sangat mencintaimu. Sesungguhnya, aku inginkan dirimu datang dan temui aku dan akanku katakan berkali-kali yang aku amat mencintai dirimu dan demi semua yang aku jalani bersamamuku ingin kau jadi milikku, ku ingin kau disampingku. Aku akan mencintaimu menjagamu seumur hidupku…” – Mohd Mukhlis

“Selama ku masih bisa bertahan selama ku masih bisa bernafas, selama Tuhan masih mengizinkan, ku ingin selalu bersamamu… Selama ku masih bisa bertahan, selama ku masih bisa bernafas, ku ingin selalu mencintaimu…” - Anahara

“Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta dan hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku kan berjanji hanya kaulah yang ku sayangi ku akan setia disini menemanimu...” – Zafran

Antara memiliki dan mencintai, di manakah pengakhiran kisah hati Mohd Mukhlis, Anahara, Jeslina dan Zafran demi permata hati, Si kecil Aryana.


MINI NOVEL KERANA SEKALI CINTA
Cinta pertama itu pernah hadir. Memang indah biarpun parah membadai jiwa. Bertahun aku pertahankan kisah hati yang ternyata bukan milik aku namun akhirnya, takdir membawa khabar yang nyata. Indahnya cinta pertama, malah hebat lagi cinta kedua. Dia hadir ketika takdir membawa dia dekat di hati. Dias ah di sisi bila takdir menolak dia menjadi milik diri ini. Dia… Anaresa. Unik, muda dan masih bergelar budak sekolah. Namun, kala lafaz sakinah tu terluncur dari bibir ini, dia adalah wanita. Wanita kepada seorang lelaki, isteri kepada seorang suami – Zafran Zaini

“Moga keindahan cinta kita kekal selamanya. Andai terduga, kekalkan Resa di hati abang. Menjadi wanita memujuk hati abang, menjadi teman mendengar masalah abang dan menjadi isteri memeluk abang ...” – Zafran

Aku masih bergelar budak sekolah. Masih sopan dalam kenakalan ini. Dia hadir tanpa kuduga. Membawa kisah cinta yang tak pernah ada di dalam hati. Ternyata yang pertama itu untuk dia dan juga berharap dialah yang terakhirnya. Saat tawaran terhad itu aku terima, ternyata akulah pelengkap sisi rusuknya. Ada resah dalam diri. Mampukah seorang budak sekolah menjadi isteri? Namun, kala dia melafazkan akad, mengucup nafas di kepala, dia adalah suami dan aku adalah isteri – Anaresa Abdullah

“Resa cintakan abang. Yakinlah, kerana sekali cinta, Resa tetap cinta…” – Anaresa

Zafran dan Anaresa bertemu kala takdir membawa dua hati itu mendekat pada tempat dan waktu yang tepat. Umur menjarakkan namun cinta di hati mendekatkan malah jodoh merelakan. Menerima suami yang matang membuatkan Anaresa kalut sejenak. Bagi Zafran pula, mencintai budak sekolah itu membuatkan dia yakin, dia perlu mendidik Anaresa menjadi mata sebagai seorang wanita dan isteri.

Jom, selami tingkah Anaresa yang mencuit hati dalam menjadi isteri pada Zafran yang romantis.


MINI NOVEL UNTUK DIA
 MEMANG aku kasar tapi dalam hati tetap ada empat musim. Pertemuan pertama dengan dia membawa debar dalam hati. Biar bermusuh, bertekak dan bertegang urat, tapi aku cinta dia. Namun, semakin kami hampir, kami kian menjauh tapi Zafrin mengalah begitu dan aku juga haruslah mengalah begini. Tanpa aku sedar jodoh terus membawa kami mendekat hari demi hari biarpun usia kami dimamah waktu, dia tetap menungguku – Haqimah a.k.a Haqmi

“Mana-mana aku lepak, mesti ada kau. Kau buat apa kat sini? Menyakitkan hati aku jelah. Bawak sini nasi aku tu. Aku lapar ni dan aku tak halal kau makan nasi aku tu…” – Haqmi

“Kalau tak nak masak… aku makan kau jelah sampai aku kenyang tapi tempatnya bukan di sini tapi di atas…” - Zafrin

BILA bersua, ada cinta pandang pertama. Bila menjauh, ada rindu menyapa. Sesekali terkeliru, bila dia bagaikan kaum Adam? Apa yang pasti, dia tetap kaum hawa yang sejati bila berubah wajah tapi aku menerima dia seadanya dia bukan kerana dia berubah tapi kerana hatinya tetap mencintai dan setia padaku biarpun waktu berlalu. Mengheret janji kami dan melestarikan janji itu bila menjadi suri di hati. – Zafrin.

“Bukan macam tu, Rin… Aku dah ada kau. Segalanya ada pada aku ni untuk kau je. Untuk dia yang aku cinta iaitu Zafrin bin Zaini…” - Haqmi

“Nope. Jangan minta maaf. Seperti mana Mi pernah cakap pada abang, mencari ilmu ni ibadah dan jihad. Tetapkan hati, niat insya-Allah setiap langkah Mi diberkati. Begitu juga hubungan kita. Abang mampu bertahan dua tahun lalu, apa salahnya abang bertahan lagi untuk dua tahun akan datang, kan?” - Zafrin

ILMU mendidik cinta antara Zafrin dan Haqmi menjadi matang. Ada tangis, ada senyuman dan ada gelak tawa. Tak kurang rindu, tak hilang cinta. Janji dipadu bila Zafrin meminang. Keluh bertamu bila Haqmi menolak. Hingga akhirnya, mereka bertemu dalam janji lama yang utuh dan kian kukuh bila Tuhan sememangnya menciptakan mereka untuk bersama dalam mencari ilmu penyuluh hidup.


MINI NOVEL SUBHANALLAH, AKU MENCINTAINYA 

HATI Zafrina sejak dulu milik Zayed namun bila Zayed bagaikan tidak mengerti atau buat-buat tidak mengerti, Zafrina mahu menarik diri. Dia yakin Zayed tahu akan rahsia hatinya. Bahasa tubuhnya jelas menggambarkan cinta buat seniornya itu. Namun, Zayed tetap begitu dengan layanannya bukan sekadar teman membuatkan hati Zafrina resah dan mahu mengalah.

“Sejak bila pandai panggil abang tanpa Abang Zayed? Sejak bila pandai panggil Zayed je?” – Ahmad Zayed

“Panggilan abang tu hanya untuk yang halal di sisi Rina. Dalam keluarga Rina pun, tak ada abang. Ada along, angah dan abah. Abang tu, insyaAllah sikit masa lagi kalau Allah hantar jodoh yang baik buat Rina…” – Zafrina

Seperti hati yang biasa yang telah Allah kurniakan, cinta hadir dalam diri Zayed buat Zafrina sudah sekian lama. Tidak pernah berubah malah semakin bercambah. Cuma, undang-undang Tuhan membataskan kerana bagi Zayed, cinta itu akan diucapkan setelah dia menjawab qabul menjadikan si gadis yang halal di sisi.

“Maafkan Zayed. Tapi, percayalah… kasih kita ni biarlah kasih Allah mendahuluinya kerana Dia yang menjadikan hubungan kita ini sejak dari azali biarpun baru hari ini ianya terbukti…”– Zayed

Lalu, akhirnya Zayed mengucapkan cinta dan Zafrina menerima pengakuan itu dengan airmata biarpun muncul Ziyad, penggoda kelas pertama yang mengasak jiwa wanita Zafrina.

“I ada Zayed dalam hati…” – Zafrina

“And I ada you dalam hati I…” – Ziyad

Zafrina dan Zayed tegar. Mereka setia biarpun kisah hati mereka dimamah masa, lalu mereka ucapkan, Subhanallah, Aku Mencintainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...