Saturday, 30 March 2013

Suamiku Pemalu ~ Qistina Alya

Suamiku Pemalu
Pengarang: Qistina Alya
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat: 476
Harga Jual: RM 18.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
SAHIRUL HAKIMI - Dia sememangnya lelaki pemalu! Peristiwa lampau membuatkan dia malu berhadapan dengan perempuan. Nampak sahaja perempuan, dia akan tertunduk hingga merah pipinya. Namun, hatinya ada pada Farisha Alya. Kebahagiaan mula menyinar saat pinangannya diterima.

"Kenapa awak terima saya, ya?"
"Sebab awak pemalu!"

FARISHA ALYA - Pinangan Irul diterima ikhlas. Dia nekad membina gerbang bersama suami yang pemalu itu.

Irul bukanlah seorang pakar cinta. Tetapi Irul belajar menjadi seorang pencinta yang mampu membahagiakan orang dicintai.

"Sayang, duduklah dalam troli ni. Biar abang tolak."
"Mengarutlah abang ni. Isha dah besarlah. Takkan nak duduk dalam tu lagi. Macam budak-budak aje."    
"Hehe, gurau ajelah sayang."

Bermulalah episod cinta sang suami dan sang isteri.

Tetapi, bukan rumah tangga namanya tanpa disentuh badai. Kedegilan dan kesilapan Farisha Alya telah mengundang amarah Sahirul Hakimi hingga membawa babak duka dalam perhubungan mereka.

Rajuk Alya meresahkan Sahirul Hakimi. Mampukah dia yang pemalu itu kembali memikat isterinya?

Thursday, 28 March 2013

Kisah Naz & Khalish ~ Hanina Abdullah

 
Kisah Naz & Khalish
Pengarang: Hanina Abdullah
Penerbit: Karya Seni
Muka Surat: 533
Harga Jual: RM 20.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?

Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”

“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”

“Technically? Technically?!”

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…

Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun
gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan.

Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”

Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal…  Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”

Wednesday, 27 March 2013

I'm Mrs Kertu ~ Danisyarahmat

I'm Mrs Kertu
Pengarang: Danisyarahmat
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat: 434
Harga Jual: RM 17.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
Ainul Mardhiah – Keindahan zaman remajanya telah diragut, kehidupannya telah musnah gara-gara malam durjana. Dia hilang segala-galanya termasuk nilai sebuah kesucian. Takdir telah mengikat jodohnya dengan Adam Yusuf. Egonya tidak dapat menerima cinta seorang lelaki tua meski lubuk hatinya ada terdetik sayang.

Adam Yusuf – Cintanya kepada Ainul berputik pada saat pertemuan pertama. Wajah Ainul yang mirip arwah isterinya,telah kembali menggoncangkan jiwa lelakinya.

Jodoh yang ditetapkan oleh Allah sebelum langit dan lautan diciptakan-Nya telah terikat.Takdir telah menemukan mereka meski usia menjadi bandingan.

“Ain tak nak kahwin. Ain nak capai cita-cita dulu. Kalau kahwin pun bukan dengan lelaki...”

“Tua macam saya.”

“Belum cuba belum tahu Ainul. Saya ni macam kelapa tua. Makin berlemak dan manis.”

“Hmmm... lelaki tua memang miang macam ni ke?”

Menyedari getar jiwanya tidak berbalas, Adam Yusuf pergi membawa diri. Terpisah mereka antara benua. Namun pernikahan rahsia itu masih disimpan utuh. Lamaran Hafiz menerbitkan keazaman dalam jiwa Ainul Marhiah untuk menokhtahkan akad yang telah terjalin selama empat tahun.

Namun, pertemuan semula Adam Yusuf dan Ainul Mardhiah seakan-akan memudarkan rasa benci itu. Pertunangan Adam Yusuf dan Mariza membuahkan cemburunya. Adakah itu tanda sayang?

“Ainul menyesal kahwin dengan si kertu ini?”

Abang bukan kertu tapi perfecto.

Sunday, 24 March 2013

Jangan Merajuk Sayang ~ Lynn Allyna

Jangan Merajuk Sayang
Pengarang: Lynn Allyna
Penerbit: Kaki Novel
Muka Surat: 581
Harga Jual: RM 17.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis

Siti Fatimah Adrianna. Namanya cantik. Orangnya pun cantik tapi satu saja yang tak cantik. Panas baran. Kuat merajuk pun ya juga. Sebab itu dia susah nak dapat jodoh. Ada saja yang tak kena di matanya. Ramai yang mencuba nasib. Semuanya ditolak mentah-mentah.

Ryzal Syahmi, si pencinta sejati. Hatinya pernah kecewa. Disebabkan egonya, dia memerangkap Siti Fatimah Adrianna menyebabkan wanita itu terpaksa bersetuju untuk
menjadi isterinya. Siti Fatimah tak mudah mengalah. Dia akan buat Ryzal Syahmi menyesal dengan keputusannya.

Singa betina jumpa harimau jantan. Elok sangatlah. Huru-hara rumah tangga mereka. Tapi demi menjaga hati keluarga, mereka terpaksa bertahan. Ryzal sering buat Siti Fatimah merajuk dan menangis. Tapi kemudian, dia sendiri yang akan pujuk.

Membina rumah tangga tanpa rasa cinta bukan semudah yang disangka. Hati Siti Fatimah pantas dicuri oleh Khairul Anwar. Buat pertama kalinya, seorang lelaki berjaya meleburkan hati batunya. Siti Fatimah terleka dengan cinta pertamanya dan dalam masa yang sama, Ryzal sudah merasakan ada cinta di hatinya buat Siti Fatimah.

Adakah Ryzal Syahmi berjaya mempertahankan gelarannya sebagai suami Siti Fatimah Adrianna ataupun wanita itu tetap memilih Khairul Anwar yang semakin dekat di hatinya?

“Jangan pernah cuba untuk lepaskan... kerana aku juga akan mengikat hatimu sekuatnya.”

Saturday, 23 March 2013

Dekat Pada Mu ~ Sarnia Yahya

Dekat Pada Mu
Pengarang: Sarnia Yahya
Penerbit: LoveNovel Publication
Muka Surat: 517
Harga Jual: RM 20.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Perkahwinan yang pincang, mungkinkah mampu dipulihkan kembali?

Rasa cinta yang terlewat hadir, haruskah dilepaskan pergi?

Bagi Iskandar, perkahwinannya bersama Tini adalah satu kesilapan dan masalah rumahtanggannya sering diluahkan pada Syafiqa, arkitek serta sahabat baik adiknya. Lama kelamaan perasaannya jadi berbeza dan dia cuba luahkan rasa hati melalui gurau senda.

‘Nanti Ika akan jadi isteri bongsu abang’ – IskandarBagi Syafiqa, dia membantu apa yang patut. Iskandar sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saat rumahtangga Iskandar terpaksa dileraikan, dia turut merasa kecewa. Lantaran itu, tatkala Iskandar meluahkan rasa hatinya, dia terpegun kehilangan kata.

‘Ika tak dapat terima abang.’ – SyafiqaNamun, Iskandar tetap mencuba. Kerana cinta, dia mahu sentiasa ada di sisi Syafiqa dalam susah dan juga senang. Demi cinta, dia sanggup menjadi apa saja untuk Syafiqa.

‘Macamana abang masuk?’ – Syafiqa

‘Abang kan Spiderman.’ - Iskandar

Tuesday, 19 March 2013

Chesse ~ Cik Qwerty

Chesse
Pengarang: Cik Qwerty
Penerbit: Kaki Novel
Muka Surat: 460
Harga Jual: RM 17.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan April 2013  

Sinopsis
Dia, Nia Saffiya. Anak kepada Encik Amar dan Puan Nor merangkap adik kepada Nash, sang penyakat dalam keluarga. Dia perempuan biasa. Tak ayu sangat dan tidaklah terlalu selamba. Asal dia selesa, okey saja.

Tapi satu yang orang kata tentang dia, dia kurang berperasaan. Suka tapi macam tak teruja. Marah tapi macam okey. Pada dia itu bukan masalah. Tapi pada orang lain, itu memang masalah!

Dia, Adi Ashq. Anak kepada Encik Izham dan Puan Lia merangkap adik manja kepada Aina Dayana, sang penyeri dalam keluarga. Dia lelaki tak berapa nak biasa. Dia kuat membebel macam mak cik-mak cik. Dan agak manja.

Tentang perasaan, dia agak mengada-ada. Nak orang luahkan, baru dia sengih tunjuk gigi tak sudah.

Maka, bila mana si dia dan dia bersatu, orang sekeliling pening dan naik risau! Yang perempuan kononnya kuat macam batu dan yang lelaki kononnya normal tapi manja mengada-ada. Bila seorang jatuh cinta dan dengan mudah melafazkan cinta, yang lagi seorang memendam rasa dan buat tak tahu. Siapa tak geram?

I love you.”

Hurm.”

Hurm aje?!”

Ini cerita bukan sekadar cerita tetang dia yang begini dan dia yang begitu. Ini cerita tentang kasih sayang antara dia dan dia serta mereka dan keluarga juga kawan-kawan sekepala!
“Ingat siapa?”

“Makwe lama. Cemburu tak?”

“Buat apa nak cemburu? Kita dah dapat awak pun.”

Saturday, 16 March 2013

Sedetik Asmara ~ Sarnia Yahya

Sedetik Asmara
Pengarang: Sarnia Yahya
Penerbit: Fajar Pakeer
Muka Surat: 654
Harga Jual: RM 22.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
Kegagalan tidak bermakna hidupnya berakhir.



Perkahwinan yang berlandaskan janji itu tidak dapat dipertahankan meskipun hati Reza dan Amylia mula berputik kasih. Mereka terpaksa akur dengan janji yang telah dipersetujui. Amylia tidak mahu dicop sebagai perampas biarpun perkara itulah yang ingin dia lakukan. Dia cuba membina kehidupan barunya di sebuah daerah asing untuk memadam segala rasa yang telah melukai hatinya. Cuba dipahat bahawa Allah sentiasa ada bersamanya. Tidak mahu terlalu obses dengan cinta yang sia-sia. Biarlah jodoh datang sendiri dan bukan dia yang mencari. Dan benarkah jodoh itu berada di hadapan matanya...?



Mazeed, seorang lelaki yang dikagumi. Seorang ketua yang amat disenangi. Namun tiada rasa untuk lelaki yang akhirnya rapat dengannya.



“Ibu saya ada telefon awak?”

“Ya. Pagi tadi. Dia ajak saya bermalam di rumah encik sebab encik dan ayah encik nak ke Bota.”

“Ya. Boleh ke?”

“Encik Mazeed benarkan ke?”



Amylia pula tidak menyangka, kebaikan Puan Khalida, ibu Mazeed, ada maknanya. Keikhlasan wanita itu membuat dia kerap rindu akan ibunya yang tidak dapat bertemu muka setelah berpisah dengan ayahnya bertahun-tahun lamanya. Tidak disangka yang wanita itu punya misinya sendiri. Berjayakah misi Puan Khalida untuk menyatukan Mazeed dan Amylia? Duda sama janda, apa salah jatuh cinta? Sedetik asmara... sehingga ke syurgakah?

Friday, 15 March 2013

Cinta Sambal Belacan ~ Junie Octovian

Cinta Sambal Belacan
Pengarang: Junie Octovian
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 545
Harga Jual: RM 21.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?

“Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia.” - Puan Adila

Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu? - Tengku Azri
Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana? - Lily Athira

Thursday, 14 March 2013

Hati Kita Satu ~ Rania Firdaus

Hati Kita Satu
Pengarang: Rania Firdaus
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 506
Harga Jual: RM 19.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Sara - Dia menjadi seorang gadis yang berhati beku apabila berhadapan dengan lelaki. Baginya, kaum itu sukar untuk dipercayai. Dia nekad hendak belajar hidup tanpa bantuan insan bergelar lelaki.

Luthfi - Dia lelaki yang tidak mahu tertipu dek kebekuan hati Sara. Gadis itulah pilihan hatinya sedari dahulu. Tidak kira seteruk mana pun layanan Sara, dia terima. Namun, dia hanya berani memuja dari jauh. Bukan kerana dia tidak yakin, tetapi dia berpegang pada prinsip... jika benar Sara jodohnya, pasti tidak akan ke mana.

Kuz Kusyairi - Dia telah banyak menghadapi kehilangan dalam hidup. Selepas Misya pergi, dia nekad enggan tunduk pada perasaannya lagi. Sangkanya, dia memang tidak layak untuk sesiapa. Namun, siapa dia ingin melawan percaturan takdir. Tekadnya goyah tatkala terjumpa dengan Sara. Meski dia cuba menolak, perasaan itu hadir juga.

“Bahagia tu bukannya bergantung pada lama mana kita kenal, tapi pada sejauh mana kita kenal satu sama lain.”

Tuesday, 12 March 2013

Pengantin Ekspress ~ Pitteriah Abdullah

Pengantin Ekspress
Pengarang: Pitteriah Abdullah 
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 515
Harga Jual: RM 18.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan March 2013  

Sinopsis
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH.Aleeya bukan calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. 

Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad.Namun bukan senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga. Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?

Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya

Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan

Chan Rak Ter.. Aku Cinta Kamu ~ Sara Aisha

Chan Rak Ter.. Aku Cinta Kamu
Pengarang: Sara Aisha
Penerbit: Karya Seni
Muka Surat: 606
Harga Jual: RM 22.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus
diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua?

Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

Saturday, 2 March 2013

Beautiful Asmara ~ Aina Emir

Beautiful Asmara
Pengarang: Aina Emir
Penerbit: KarnaDya
Muka Surat: 584
Harga Jual: RM 22.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Februari 2013  

Sinopsis
Khaleeda dan Widad menggelarnya ‘fashionista’ dek kerana tabiat yang suka melaram. Walaupun suka bergaya, Fira tetap biasa-biasa sahaja dan sangat selesa mengaku yang dia bukan minah urban.



            Sejak dulu lagi Fira sudah rapat dengan Jazli, juga sekampung dengannya. Sekalipun lelaki itu berada jauh di perantauan, gadis itu tetap setia menunggu. Namun terlalu banyak kisah misteri yang menjadi latar perhubungan mereka, ada kala membuat Fira berasa ngeri untuk melangkah ke depan. Jazli pulang dan sepatutnya mereka berbahagia, tetapi kisah cinta mereka tidak semudah menyusun huruf alif baa taa.


            Kemunculan lelaki selebriti yang bermulut ‘longkang’, bersama seorang teman ‘nerd’ di kampungnya, menimbulkan pelbagai episod drama dalam hidup Fira. Mungkin betul agaknya Reez Putra yang dikatakan tidak berperasaan itu mempunyai masalah dalaman akibat pengalaman yang pernah dilaluinya. Kini, Reez ghairah untuk memaparkan sebuah program realiti di kaca TV. Apa pula kaitannya dengan kisah cinta Fira-Jazli? Tentu sekali membingungkan bila Reez hilang dengan tiba-tiba sahaja. Ke mana pula perginya? Siapa pula gerangan Muz yang turut muncul ketika Fira dalam kekalutan.


            Beautiful Asmara akan membawa anda untuk berkenalan lalu menyelami hati dan jiwa watak-watak, ada yang ceria, ada pula yang pelik karakternya. Isu rating, hits dan gosip menjadi persoalan sensasi. Yang pasti, anda akan berteka-teki untuk melengkapi mainan ‘puzzle’ yang terbentang dalam novel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...