Thursday, 21 June 2012

Memang Itu Cinta ~ Elin Nadia

Memang Itu Cinta
Pengarang: Elin Nadia
Penerbit: Alaf21

Muka Surat: 546
Harga Jual: RM 20 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Rasa macam nak mengamuk! Rania bengang kerana ibu bapanya bersekongkol dengan Irfan kerana menerima lamaran lelaki itu. Memang Irfan sahabat terbaiknya. Mereka kenal sejak kecil lagi. Tapi dia tidak boleh melupakan arwah Haris, lelaki pertama yang dicintainya.

Kerana memberontak, dia dera suaminya sendiri. Ada saja yang dia buat supaya dapat sakitkan hati Irfan. Dia panggil Irfan si kura-kura. Peduli apa! Dia tidak boleh terima Irfan sebagai suami. Irfan pula sentiasa bersabar kerana faham perasaan Rania. Sifat garang isterinya itu sangat menakutkan. Kecut perutnya! Namun, dia kenal hati budi Rania yang sebenar. Dia percaya, suatu hari nanti Rania akan jatuh cinta padanya. Dia akan buat sampai Rania cair. Si kura-kura ini tidak pernah mengaku kalah. Hati Rania akan ditawan walau apa jua rintangan!

Friday, 15 June 2012

Cik Diari Hati ~ Hanny Esandra

Cik Diari Hati
Pengarang: Hanny Esandra
Penerbit: Fajar Pakeer
Muka Surat: 307
Harga: RM 15 (termasuk pos)
Status: Sold


Sinopsis:
“Sorry, bang!”
“Apa abang-abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni! Esok petang saya nak kasut ni kering!”

Entah kenapa hanya kerana sepasang kasut Vans berwarna putih, Shafwan Zakuan mula melancarkan perang dengan Aina Azzalea.

“Hei! Saya tak terima ni! Baju tu dah jatuh, dah kotor. Basuh balik!”

Selalunya apa yang akan terjadi apabila senior bertemu junior? Ya… Buli! Hanya kerana satu kesalahan, memijak kasut putih Vans Shafwan, merebak pula ke kesalahan yang lain. Bertubi-tubi denda yang dikenakan oleh Shafwan si pelajar tahun tiga. Azzalea harus menurut perintah kerana dia masih di dalam minggu orientasi dan Shafwan itu Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya.

“Kaki encik yang tendang, jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik yang bau luluk ni!”

Dalam menurut perintah, Azzalea melawan juga. Itu yang membuatkan Shafwan sengaja mahu menaikkan darah Azzalea kerana dia geram pula apabila Azzalea boleh menjawab dan wajahnya selamba. Bagi Azzalea, segala protesnya biar Cik Diari Hati sahaja yang tahu.

Hubungan mereka tidak berakhir selepas tamat minggu orientasi. Bermula dengan nota misteri, gaduh-gaduh manja antara mereka, semakin parah dan berantakan pula jadinya. Semua itu angkara Ferdi. Ferdi tidak mahu hubungan mereka tamat di situ sahaja. Sebelum apa-apa terjadi, dia mahu melunaskan satu misi. Lalu, rancangan mula diatur.

Bila bunga-bunga bahagia kelihatan, ada pula yang tidak senang. Rihana mengatur rancangannya pula, untuk memisahkan mereka berdua. Bila kecewa menguasai Azzalea, dia terlupa diari kesayangannya tercicir di laman. Semua rahsia hati sudah terjawab kini. Diari itu sudah tidak boleh dipanggil diari lagi. Si pembaca tersenyum dan cuba menawan kembali hati si pemilik diari. Mungkinkah episod cinta bermula? Atau yang belum mula akan berakhir? Cik Diari Hati ada jawapan...

Sunday, 10 June 2012

Musuhku Suamiku ~ Zuera Rasiddin


Musuhku Suamiku
Pengarang: Zuera Rasiddin
Penerbit: Fajar Pakeer
Muka Surat: 412
Harga: RM 17 (termasuk pos)
Status: Sold


Sinopsis:
Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpanya.

“Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!”

Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba menyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan.

“Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah.”

Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta.

Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubunagn itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagia hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?

Tuesday, 5 June 2012

Mencari-Suami@JS.com ~ Normaslina Masri

 Mencari-Suami@JS.com
Pengarang: Normaslina Masri
Penerbit: Jemari Seni
Muka Surat: 617
Harga: RM 20 (termasuk pos)
Status: Sold


Sinopsis:
Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA  
Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I   
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!! 

Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:

Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.

Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam

Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.


Perjalanan hidup yang tidak pernah aku jangka pun bermula...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...