Pengarang: Syikin Zainal
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat: 610
Harga Jual: RM 24.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Jun 2013
Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju
Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik
sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya
diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan
sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna
pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main
mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama,
sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan
perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar
suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh
perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka
berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan
hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus
bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki
biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak
mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi
sampai bila?“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica