Pages

Saturday, 26 January 2013

Kurnia Untukku ~ Liz Haliza

Kurnia Untukku
Pengarang: Liz Haliza
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat: 484
Harga Jual: RM 17.00 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Januari 2013  

Sinopsis
HADFINA HAIFA dan Zain berkahwin atas dasar suka sama suka. Angkara prasangka dan sikap panas baran Zain, Fina diceraikan dengan talak tiga tanpa rela. Saat hatinya sudah dapat menerima hakikat perpisahan, Zain mendesak agar Fina disatukan dengan calon suami sementara yang dipilih olehnya demi kembali bersatu. Akibat keliru, Fina membawa diri dengan bercuti ke Hatyai.

YUSUF THAQIF CURNIA. Saat pertama kali bertentang mata dengan wanita itu, dia tahu itulah ‘isteri untuk akhiratnya’. Entah mengapa pertemuan tanpa dialog itu membuahkan rasa cinta yang mendalam terhadap wanita itu. Dipanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar mereka dipertemukan kembali. Lama menanti, akhirnya dia akur yang ia hanyalah fantasi. Demi mengubat hati yang terluka, dia bercuti membawa diri.

Di bumi gajah putih itu tanpa dirancang mereka dipertemukan. Harapan Fina untuk rujuk semula dengan Zain kembali menyinar saat Curnia menawarkan diri untuk menjadi suami sementaranya. Janji dipatri dan ijab kabul dilafazkan. Dari itu, Fina mengenal apa itu cinta.
“Abang... kenapa muka abang jadi macam ni? Siang abang jadi manusia, malam-malam abang tukar jadi hantu ke?” – FINA

“Apa yang peliknya? Abang ingatkan Fina nak... abang tadi.” - CURNIA

“Tolong sikit, muka macam Negro, tak selera Fina nak...” - FINA 

Saat cinta di antara mereka mulai mekar, Zain hadir menagih janji dan Sofia pula muncul menunggu cintanya berbalas. Akibatnya, Fina telah difitnah dek kerana cemburu.

“Kau yang dapat balasan kerana merampas Curnia daripada aku. Aku akan pastikan kau menjanda untuk kali kedua. Ini Sophie, kau yang mulakan dahulu, kau terimalah akibatnya.” - SOFIA

Dapatkah Curnia dan Fina mempertahankan perkahwinan mereka? Adakah perkahwinan itu perlu diakhiri demi janji yang telah dipatri? Siapakah pilihan hati Fina? Adakah bekas suaminya ataupun suami sementaranya? Segalanya terjawab dalam Kurnia Untukku...

No comments:

Post a Comment