Pages

Saturday, 4 August 2012

Protect The Boss ~ Ellyne Alyana

Protect The Boss
Pengarang: Ellyne Alyana
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat: 436
Harga Jual: RM 16 (termasuk pos)
Status: Sold

Sinopsis
Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, ‘melipat’ orang. Jika diberi pilihan , dia lebih rela digelar ‘teruna tidak laku’ daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci!

Nurafifah Alia Aqilla. - Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki meninggal akibat kepupusan, otaknya dan hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad!

Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah –olah pantulan Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti ‘cukup’ dalam hidupnya.

Tetapi dapatkah mereka menolak takdir? Kehidupan rumahtangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari …

“Jet’aime!”

“Hah? Jeti Amer?” Aku dah ketawa sakan. Apa masalah Hafiz pagi-pagi ni? Dia nak pergi ajak aku memancing ke sampai pergi jeti?

“I’m sorry I can’t stop loving you. And I’m promising you, I will stay by your side as long as you willing to be my Superman sayang” – Nurafifah Alia Aqilla

“ Well I’m no superman, but I’ll always be your man …” - Tengku Hafifi Hafiz

Ketika sedang asyik dilamun cinta yang membara …Mereka diuji dengan dugaan yang hampir-hampir memusnahkan masjid yang sudah kukuh dibina. Dapatkah mereka bersama sehingga akhirnya? Adakah takdir bakal menyebelahi mereka?

No comments:

Post a Comment