Tuesday, 30 October 2012

Adam & Hawa ~ Aisya Sofea (NEW)


Adam & Hawa (NEW)
Pengarang: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 512
Harga Jual: RM 19.90
Status: Sold

Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.


Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Saturday, 27 October 2012

Lazuardi ~ Nasz

Lazuardi
Pengarang: Nasz
Penerbit: Jemari Seni
Muka Surat: 629
Harga Jual: RM 21 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan September 2012
 
Sinopsis
Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”

Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...

“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”

‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?

Wednesday, 24 October 2012

Lamaran Buat Syifa ~ Ana Yunisza

Lamaran Buat Syifa
Pengarang: Ana Yunisza
Penerbit: Jemari Seni
Muka Surat: 485
Harga Jual: RM 18 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Oktober 2012
 
Sinopsis
Syifa jumpa Sufyan pada hari pertama di politeknik. Lelaki itu menghulurkan bantuan saat Syifa memerlukan. Tertarik dengan keperibadian lelaki itu, Syifa jatuh hati. Sampai dia sanggup jadi pemerhati setia lelaki itu di Facebook.

Tapi, pertemuan kedua mereka mencetuskan kisah lain pula! Lelaki itu suka cari fasal. Sebab kesalahan yang tak sengaja pun, dituntutnya ganti rugi yang tidak munasabah! Tapi... Syifa tak tahu yang itu cuma taktik Sufyan nak berkenalan.

Tanpa diduga, kakak Syifa pergi, meninggalkan amanah buat Syifa. Dua orang anak kecil, ditinggalkan di bawah jagaan Syifa. Dalam usia 18 tahun, Syifa menggalas tanggungjawab seorang ibu.

Syairy hadir menghulurkan kasih, ingin menjaga dan melindungi Syifa dan ‘anak-anaknya’. Hakikatnya, Syairy cuma menggunakan peluang yang ada untuk memiliki Syifa, gadis yang dicintainya sejak dulu.

Antara Sufyan dan Syairy, yang mana satukah akan menjadi pilihan Syifa, dan mampukah dia berbahagia hingga ke akhirnya?

Friday, 19 October 2012

Cinta Hati Cikgu Rabbit ~ Dinaz Salsabila

Cinta Hati Cikgu Rabbit
Pengarang: Dinaz Salsabila
Penerbit: Fajar Pakeer
Muka Surat: 539
Harga Jual: RM 20 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Oktober 2012
 
Sinopsis
“Err... excuse me. Boleh tanya tak? Di mana... Cikgu Rabbit?” tegur Jo.

Wajahnya tegang, seolah-olah tidak senang dengan perkataan yang digunakan itu. “Encik nak jumpa siapa ya?” soalnya semula meminta kepastian.

“Cikgu Rabbit. Cikgu baru yang mengajar anak saya yang berusia enam tahun.”

“Eh, kat sini mana ada Cikgu Rabbit? Maaflah, saya rasa encik ni dah salah sekolah,” tempelak gadis yang berdiri di muka pintu itu. Sungguh kurang sopan. Apa rabbit-rabbit? Suka-suka dia nak panggil aku macam tu, ingat aku ni keturunan rabbit ke? Rabbit jadian... Ada ke patut! Dia menggerutu dalam hati.

Jo terkejut. Gara-gara Siti Qistina, tak pasal-pasal dia kena sebiji.

Rabytha Amani a.k.a. Cikgu Rabbit telah mengalami satu transformasi. Daripada seorang wartawan majalah, terkejar-kejar ke lokasi mencari bahan berita, dia diwasiatkan untuk mengambil alih pengurusan sekolah tadika peninggalan arwah maknya. Bagaikan sirih pulang ke gagang. Di situlah perjalanan hidupnya bermula. Dikurniakan cinta hati, satu anugerah yang tidak boleh ditukar ganti.

Jo tidak sedar, sejak bila hatinya terpaut. Makhluk ciptaan Tuhan yang cukup istimewa. Mulut terkunci, hilang segala aksara. Hati terus berbicara, tanpa suara. Kita berperang secara psikologi. Tanpa bedilan peluru atau dentuman bom. Selepas bertahun-tahun, kita bersua lagi. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Jalan hidup yang mereka pilih ternyata punya liku-likunya. Ada onak terhampar. Ada gelora membadai. Ada harga yang belum terlunas. Andai tewas, punahlah segala pengharapan. Antara mereka ada Ainur Sharita yang sudah nekad sejak dari mula, Jo hanya miliknya seorang!

Adat kehidupan, ada pertemuan dan perpisahan. Rabytha pasrah, siapalah dia untuk mengubah takdir-Nya. Apa yang diharapkan, entah bila akan menjadi kenyataan. Bukan sentuhan luaran cuma perhatian dan kasih sayang seperti apa yang Dr. Iskandar hulurkan. Namun, biarpun berbaris yang mampir, Rabytha tidak mungkin berpaling demi cinta hati kurnia-Nya. Namun, adakah jodoh itu bersama dia dan Jo, sebagaimana diingin hati?

Sayang Si Lanun ~ Erin Zehana

Sayang Si Lanun
Pengarang: Erin Zehana
Penerbit: Alaf21
Muka Surat: 498
Harga Jual: RM 15 (termasuk pos)
Status: Sold
 
Sinopsis
WAFIYA WAFA - Dia tidak mahu mewarisi harta peninggalan Haji Wahid. Dia tidak betah menghadap air laut walaupun di situlah tempatnya dibesarkan. Hatinya lebih gembira menatap lukisan kaku berbanding air masin. Tapi impiannya musnah apabila terpaksa menunaikan wasiat abahnya untuk menguruskan Sun Beach Resort. Paksaan yang menemukan dia dengan Lanun Pulau Sibu, Ghazi Faiq. Si lanun itu tidak akan dapat mengaburi matanya untuk menjual tanah Sun Beach Resort. Itu tekadnya.

GHAZI FAIQ - Dia akan pastikan jiran sebelah itu menjual tanahnya. Dia akan lakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan tanah Sun Beach Resort. Dia tidak akan mengalah pada gadis kepala batu seperti Wafiya Wafa. Gadis itu pasti akan tunduk dengan pujuk rayu dan ayat manisnya. Tanah itu akan menjadi milik Hotel Diamond. Itu azamnya.

Pulau Sibu menjadi huru-hara gara-gara Wafiya dan Ghazi. Tanpa diduga, perasaan kasih mula hadir dalam diri masing-masing. Namun, banyak halangan yang menyekat perasaan kasih itu daripada berkembang. Berjayakah si lanun memecahkan tembok halangan itu agar dia dapat bersatu dengan puteri hatinya?

Tuesday, 16 October 2012

Cucur Bawang & Kopi 'O' ~ Hasrudi Jawawi (NEW)


Cucur Bawang & Kopi 'O' (NEW)
Pengarang: Hasrudi Jawawi
Penerbit: Buku Prima
Muka Surat:720
Harga Jual: RM 25.90
Status: Sold

Sinopsis
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati masing-masing masih keras kepala. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

"Esok ajelah, hari dah malam. Aku perlu kuat. Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul-betul
cintakannya. Walaupun cinta aku ditolak, aku kecewa dengan bergaya. Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi. Kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam?" ~ Iskandar


Andai bisa kau aku miliki, akan aku laksanakan kau bagai bulan. Akan kunanti setiap hari. Akan kurindu setiap waktu. Walaupun cahayamu terkadang kelam. Serimu tidak pernah berbalam. Andai kau laksana bulan, aku pula laksana mentari. Saling berkongsi cahaya, mengindahkan siang dan menyerikan malam. Kau begitu indah di mataku. ~ Khairulnizam

Cinta, tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta. Sesiapa pun layak jatuh cinta. Yang pandai menilai, hanyalah hati. Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta. Kalau dah cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain, dia tetap cantik di mata kita. ~ Rudiana

Dah Jodoh ~ Iman Nizrina

Dah Jodoh
Pengarang: Iman Nizrina
Penerbit: Kaki Novel
Muka Surat: 456
Harga Jual: RM 14 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan September 2012
 
Sinopsis
Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham.Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya.Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.

“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.

“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.

Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat diahendak melayan blues, hatinya terisi semula.

Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan ertike bahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencah-perencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.

Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?

“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.

Saturday, 13 October 2012

Bila Nak Saksi ~ Rehan Makhtar

Bila Nak Saksi
Pengarang: Rehan Makhtar
Penerbit: Penulisan2u
Muka Surat:623
Harga Jual: RM 20 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan Oktober 2012
 
Sinopsis
YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya. Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop

“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita

Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff

“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita

Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?

Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.

“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni. Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.

Saturday, 6 October 2012

Rindu Dalam Sepi ~ Siti Khadijah

Rindu Dalam Sepi
Pengarang: Siti Khadijah
Penerbit: Karya Seni
Muka Surat: 553
Harga Jual: RM 18 (termasuk pos)
Status: Sold
Terbitan September 2012  

Sinopsis
Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.



Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.



“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”  

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!

“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.” 

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?

Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”

“Kalimah apa?”

“I love you, my love.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...